Sebagai wanita, sudah semestinya kebanyakannya mengidamkan bibir yang sexy, mungil dan menawan seperti pelakon popular Hollywood Angelina Jolie bukan?
Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis produk atau peralatan yang dijual khusus untuk para wanita mencantikkan bibir.Bukan itu sahaja, malah ada pula yang sanggup berhabis ribuan ringgit bagi menjalani suntikan untuk membesarkan bibir agar kelihatan lebih mungil.
Namun, beauty is pain and money. Kebanyakan produk yang dijual di luar itu harganya agak mahal dan prosedurnya juga kadang menyakitkan.
Oleh itu, ada pula yang mencuba untuk mencantikkan diri dengan menggunakan barang-barang yang hanya boleh didapati di dalam rumah. Lebih murah dan mudah.
Mungilkan bibir dengan penutup botol
Seperti insiden yang tular baru-baru ini, seorang gadis dari Indonesia telah menggunakan penutup botol untuk memungilkan bibirnya. Namun, apa yang berlaku setelah itu pula amat menghiburkan.
Klip video yang tular di aplikasi TikTok menerusi pemilik akaun @ayurambe01 ini memperlihatkan gadis berkenaan sedang menyedut penutup botol kononnya untuk mendapatkan bentuk bibir mungil seperti yang diidam-idamkannya.
https://www.tiktok.com/@ayurambe01/video/6886009164863130882
Cuak penutup botol melekat
Namun, si gadis menjadi cuak apabila penutup botol itu melekat di bibirnya dan tidak boleh ditanggalkan.
Bibir membengkak
Setelah beberapa kali cubaan untuk menanggalkannya, dia terkejut setelah melihat bentuk bibirnya yang kelihatan membengkak.
Menurut postingan videonya yang kedua, gadis berkenaan memperlihatkan keadaan bibirnya yang membengkak berserta caption “bukan makin mungil, malah makin hodoh sangat”.
https://www.tiktok.com/@ayurambe01/video/6886010169914903810
Cepat-cepat tuam dengan ais takut mak tahu
Gara-gara merasa perit dan gatal, gadis itu kemudiannya menuam bibirnya dengan ais batu untuk mengurangkan bengkak. Dia juga turut meluahkan rasa bimbang sekiranya kejadian ini sampai ke pengetahuan ibunya.
https://www.tiktok.com/@ayurambe01/video/6886042466798013697
Tambah lipstick, biar seiras Kylie Jenner – Netizen
Video ini berjaya meraih lebih daripada 2 juta views dan rata-rata netizen meluahkan rasa lucu dan berseloroh dengan keadaan bibir gadis tersebut yang membengkak seperti disengat tebuan.
Adui, eksperiment gagal nampaknya. Bersyukur apa adanya.
Baca: Nak cantik punya pasal Wanita Ketepikan Risiko Semata-mata Nak Dapat Title Bibir Terbesar