in

[VIDEO] Terdengar Suara Lelaki Ketika Office Dah Kosong, Pekerja Mencicit Lari Tapi Rupa-rupanya…

Ft Suara Lelaki Masa Office Tak Ada Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketepikan bab-bab tekanan kerja di pejabat, pasti akan ada perkara yang best  berlaku di tempat kerja yang menjadi ‘penguat’ untuk kita terus berkhidmat di sesebuah syarikat itu.

Misalnya, persekitaran yang baik dan rakan sekerja yang jenis ‘kepala gila’, apatah lagi kalau ada geng boleh ‘sama kepala’ macam kita untuk harungi bersama jika berlaku perkara-perkara aneh di tempat kerja. Macam cerita-cerita kat bawah ni.


Artikel Berkaitan : “Duduk atas bahu lagi”- Peguam Ini Kongsi Kejadian Seram Berlaku Sepanjang Kerja

Artikel Berkaitan : Pekerja Butik Jumpa Seluar Dalam Wanita Pada Jeans, Masih Bergulung Dan Elok

Dalam perkongsian kali ini, tular satu kisah pelik yang terjadi saat semua pekerja sudah pulang dan hanya tinggal pengguna TikTok yang dikenali sebagai @makcik_lawa bersama rakan sekerjanya sahaja.

Jelasnya, semua pekerja sudah balik kira-kira jam 7.30 petang dan dia bersama rakan masih di pejabat sehingga jam 8 malam.

Memandangkan mereka orang terakhir di pejabat, pastinya mereka dipertanggungjawabkan untuk menutup semua lampu-lampu di pejabat.

Namun tiba-tiba mereka terdengar suara seperti seorang lelaki seakan-akan memanggil nama mereka, pada mulanya, pemilik video hanya mendiamkan diri, tetapi ia juga disedari oleh rakannya kerana dipanggil berkali-kali.

Screenshot 2023 09 25 132606

“So apa lagi, kami terus berlari dalam keadaan ketakutan. Kami lari sampai kami takdan scan out untuk balik, kami seakan bertolakkan sebab takut hantu tangkap kami.”

Screenshot 2023 09 25 132957

Mereka terus turun ke lobi dan memakumkan perkara ini kepada orang di bawah. Keadaan kemudian menjadi kecoh seketika sampaikan pekerja di tingkat bawah terpaksa naik ke atas untuk membuat siasatan.

Namun amat melucukan apabila pekerja itu tiba ke tingkat atas rupa-rupanya masih ada staf lain yang belum pulang.

“Kenapa Kak Lin off semua lampu dan lari bila dipanggil?” soal pekerja yang disalah anggap sebagai hantu itu.

Jelas sekali rupa-rupanya ia adalah rakan sekerja lain yang berada di bilik pejabat yang kedudukannya agak tersorok.

@cik_seri_muka

kisah seram di pejabat….

♬ original sound – Anis Nadia ? – Anis Nadia

Keesokannya, suasana di tempat kerja mereka jadi kecoh angkara tindakan wanita ini, rupanya dia telah dimaklumkan oleh bos mereka bahawa semua pekerja di tingkat atas itu sudah pulang sedangkan masih ada lagi team lain yang masih bekerja.

Video ini telah meraih lebih 300K jumlah tontonan di TikTok dalam masa sehari dan rata-rata netizen begitu terhibur apabila melihat perkongsian ini dan ada yang kongsikan pengalaman lebih kurang sama.

Alahai, masa min baca ni, min siap jauhkan skrin nak habiskan kisah, Hujung-hujung min tergelak. Min dapat rasa ada plot twist bila dengar dia pakai sound ni. Haha.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.