in

[VIDEO] Tak Terima Sumbangan Duit, Netizen Puji Kedai Makan Di Kedah Beri Makanan Percuma

ft rumah makan percuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pengenalan menu rahmah sebagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan, banyak kedai makan persendirian yang juga telah mewujudkan menu rahmah versi mereka.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan sebuah kedai makan di Kedah yang menawarkan makanan secara percuma daripada 12 tengah hari hingga 2 petang untuk 500 orang pada setiap hari Ahad hingga Jumaat.


Owner dapat idea lepas pulang dari Tanah Suci

@rumahmakanpercuma

Untukmu aku bertahan ?? #rumahmakanpercuma #ayambismi #kongsirezeki #kedah #wie2

♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

 

Menerusi video berkenaan dapat dilihat orang ramai yang sedang menjamu selera di kedai tersebut yang diberi nama ‘Rumah Makan Percuma’ (RMP) by Ayam Bismi.

Menurut laporan Awani, pasangan Jaffri Ahmad dan Mazlina Makaruddin telah membuka RMP untuk menyajikan makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tak kira bangsa, agama dan status.

Idea untuk menubuhkan RMP ini tercetus setelah Jaffri pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah di Tanah Suci.

61677039789 freesize

Perkara ini susulan, Jaffri melihat ramai orang yang berlumba-lumba memberikan makanan secara percuma kepada jemaah di Mekah, telah membuatkan dia mahu melakukan perkara yang sama di sini.

Menu yang disediakan di RMP ini juga berbeza setiap hari dan antara menu yang biasa dihidangkan ialah nasi putih, ayam dan sayur perlbagai jenis masakan serta air.

Difahamkan, pemilik RMP tidak menerima sebarang sumbangan dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya jika ada pihak yang mahu membantu boleh membuat belian barangan dan mengirimkan kepada mereka.

Screenshot 2023 02 27 152221

Pada waktu artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat 1.2 juta jumlah tontonan serta meraih lebih 150K jumlah tanda suka di platform TikTok.

“Dikala negara tengah viral menu rahmah, mereka beri makan percuma” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh dengan tindakan pihak RMP menyajikan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan sekali gus meringankan beban sesetengah pihak.

Screenshot 2023 02 27 162821

Bagusnyaaa ada inisiatif macam ni!

Baca : Pelajar Makan Nasi Lauk ‘Habuk Ayam’ Sahaja Gara-Gara Terpaksa Berjimat

ft pelajar menu rahmah 728x383 1

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.