Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.
Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.
Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.
Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.
#WATCH Rajasthan: A couple gets married at Kelwara Covid Centre in Bara, Shahbad wearing PPE kits as bride's #COVID19 report came positive on the wedding day.
The marriage ceremony was conducted following the govt's Covid protocols. pic.twitter.com/6cSPrJzWjR
— ANI (@ANI) December 6, 2020
Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.