in

[VIDEO] Push Up Susah? Tengok Tutorial Lelaki Ni Mesti Korang Boleh Buat Juga!

Pushup5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi ramai orang, aktiviti push up ini adalah sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak aktif bersukan. Siapa ingat sekolah dulu ada buat ujian kecerdasan dan push up adalah salah satunya? Atau sekolah min je macam tu??


Berfikir tentangnya sahaja dah memenatkan apatah lagi mahu buat di dunia nyata.

Jika korang muat turun aplikasi yang berkaitan dengan penurunan berat badan dan exercise pula, pasti push up adalah antara aktiviti yang perlu dilakukan.

Jadi, yang mahu kekal sihat dan cerdas, dan bagi yang mahu membina/mencantikkan badan ini dalam dilema, nak buat susah tapi tersenarai pula dalam aplikasi tersebut.

Haa nih admin bagi cara paling mudah yang beginner boleh ikut mengikut daya tahan masing-masing.

Rupanya senang je tak perlu terus buat yang paling rendah macam yang korang selalu tengok tu!

Korang boleh buat dari yang paling senang iaitu buat push up dinding, seterusnya pilih paras makin rendah sesuai dengan kemampuan korang.

Perkongsian lelaki ini sangat jelas, korang boleh fahamkan lebih jelas melalui video di bawah hehe.

 

See? Senang kan, rupanya ni step-by-step untuk beginner buat push up. Jadi korang yang nak buat push up bolehlah ikut cara ni!

 

Baca : Senaman Yang Paling Sempurna! Ini 5 Kelebihan Plank Yang Ramai Tak Tahu

Pushup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.