in

[VIDEO] Pengasuh Pukul, Dera Bayi 8 Bulan. Alasan Dia Boleh Buat Korang Mengamuk!

Page Baby2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Pengasuh Pukul, Dera Bayi 8 Bulan. Alasan Dia Boleh Buat Korang Mengamuk!
Loading
/

Korang suka budak tak? Kalau korang tak suka or malas nak layan sekali pun, sanggup tak korang nak pukul-pukul budak kecik?  Lagi-lagi kalau baby yang tak tau pape tu. Tapi lain pulak yang jadi kat Taiwan, Wilayah Beitun Selasa lepas. Sebab ada pengasuh perempuan ni, nama dia Su, pergi pukul-pukul dan hempas-hempas budak kecil yang baru je umur lapan bulan.


Menurut The Star, segala perbuatan kejam pengasuh umur 57 tahun ni dapat dirakam dalam CCTV dekat pusat jagaan kanak-kanak tu. Nasib baik! Yang peliknya masa dia dera budak tu, ada pengasuh lain yang nampak tapi tak buat pape pun. Dia biar je!

Baby5
sumber: the sun
Baby9
sumber: the star

Guru besar Pusat Jagaan Ai Bao Bei yang bernama Wu tu tak tau yang pekerja dia sanggup buat macam tu tapi dia jadi hairan bila nampak ada lebam dekat dahi budak perempuan tu. So, dia pun decide nak check CCTV.

Bila tengok, terperanjat lah dia kan, terus paksa dua-dua pekerja tu letak jawatan. Bila ditanya, nak tau tak alasan pengasuh tu pukul budak kenapa? Dia kata sebab dia stress lepastu kaki dia tengah sakit, budak tu pulak tengah meragam, so, dia pukul lah, nak lepaskan geram. Eh sakit hati plak aku dengan alasan dia!

Bayi malang tu dilaporkan dah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil tapi doktor masih nak observe takut-takut ada simptom lain lepas dah kena macam tu.

Baby6
sumber: the star

Mak bapak dia memang nak fight lah kes anak dia ni. Mana puas hati pengasuh tu lepas camtu je. So, polis sekarang tengah siasat kes ni. Harap dorang dikenakan tindakan.

Baca: Pengasuh Jual Barangan Bayi Jagaan di Facebook Selepas Dera Hingga Patah Tangan

Baby4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.