Duduk di apartment, persekitarannya takkan sama dengan rumah atas tanah, perlu lebih prihatin lagi kerana ruang agak terhad, segala perkara yang dilakukan perlu lebih terhad atau ia akan mengganggu penghuni lain.
Baru-baru ini, satu video tular di TikTok apabila seorang penghuni apartment yang dikenali sebagai @daddydos menzahirkan rasa bengang terhadap tingkah laku yang tidak prihatin oleh jirannya dari tingkat bawah.
Dalam video yang telah meraih lebih daripada 2 juta tontonan dalam masa 2 hari itu, dia bengang kerana lantai rumahnya berminyak sehinggakan baju yang baru dijemur itu berbau minyak dek kerana jiran tingkat bawah jadikan ruang beranda sebagai tempat memasak.
Masalah jiran, masalah management
@daddydos masalah jiran ✅ . masalah managment bodoh ✅ …. takut sgt nak ambil tindakkan. 😡 habis lantai rumah berminyak baru yg jemur baru minyak .. hadoii. korang penah ada kes camni tak 😣? masalah jiran tak prihatin… kang aku bakar satay baru tahu…#fypシ #fyp #thankyouforyoursupport #comment #viral #jirandarineraka
Memandangkan video ini tular, lelaki ini menjelaskan bahawa dia sudah laporkan perkara ini kepada pihak pengurusan residensi, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Katanya, masalah ini berlaku hampir setahun dan bukan sahaja laporkan kepada pihak pengurusan, malah dia juga pernah bersemuka dengan jiran tersebut.
“Siapa je yang tak marah kan, balik kerja, nak angkat kain, tahu-tahu bau minyak, lantai berminyak, dia kata tu rumah dia, kita pelik juga asal management elak.”
“Kalau dia nak goreng dekat dalam rumah dia tak kisah, goreng kat dapur tak kisah ada bau pun, tapi kalau dah beranda tu, apartment kot, prihatin lah sikit.”
Bagaimanapun, demi manja rukun tetangga, lelaki ini cuba elak daripada membuat kecoh cuma adakalanya kesabaran diuji.
@daddydos Reply to @mailmahat part2 isu jiran .. terima kasih yang beri pandangan dan komen yg bernas. daddydos explain sikit ape yg terjadi sebenarnya ya…. sabar je lahhh. 😊 #fyp #fypシ #comment #viral #jirandarineraka #share #supportme
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dengan sikap positif lelaki ini dan ada juga yang meminta cadangan kepada lelaki ini agar mensarankan jiran tingkat bawah itu untuk pasang penghadang supaya asap gorengan itu tidak ‘melekat’ ke rumahnya.
Disamping ramai yang memberikan cadangan untuk balas semula dengan pelbagai cara, ada juga yang menyarankan agar lelaki ini boleh buat laporan kepada majlis bandaraya yang berkaitan dengan lokasi dia menetap.
Lokasi kejadian tidak didedahkan, apapun diharap agar lelaki ini bersabar dan semoga dapat rumah baru yang lebih tenteram.