in

[VIDEO] Pekerja Kedai Makan Hempas Mangkuk Depan Pelanggan Sebab Bengang Ditegur Makanan Ada Lalat

Makanan Lalat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekerja dalam industri makanan bukanlah sesuatu yang mudah, mereka bukan sahaja harus berdepan dengan pelbagai telatah pelanggan malah mereka juga bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang selamat untuk dijamu.



Pun begitu, ia bukanlah tiket untuk seseorang yang bekerja sebagai pelayan restoran untuk bertindak kurang sopan atau biadab terhadap pelanggan.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila seorang lelaki berang dilayan dengan begitu biadab hanya kerana dia menegur makanan yang disajikan itu ada beberapa ekor lalat.

@ezzuchang

Staff KURANG AJAR yang pernah aku jumpa 😡#ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktokguru #chinesefood #streetfood

♬ original sound – ezzuchang

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di medan selera sebuah pusat membeli-belah di Nilai, Negeri Sembilan, sudah pastinya tindakan pekerja itu menimbulkan kemarahan netizen kerana sikap sambil lewa dan biadabnya itu.

Dalam video tersebut, pengguna TikTok @ezzuchang meluahkan rasa tidak puas hatinya bermula ketika dia mahu membungkus makanan di kedai tersebut tetapi dilayan dengan cara seperti tidak puas hati.

Lelaki tersebut kemudian menegur ada beberapa ekor lalat pada makanan yang dihidangkan, pekerja wanita itu lalu marah dan bertindak menghempas mangkuk di hadapannya.

“Nampak sangat tak ikhlas bekerja”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 150K tontonan dan ruangan komen dipenuhi dengan kecaman netizen yang tidak puas hati dengan cara layanan pekerja restoran tersebut.

Mng 2

Hish, kenapalah sampai macam tu, budi bahasa kan budaya kita…

Baca: Bengang Masakan Kena ‘Complaint’, Pengusaha Kedai Buat Report Polis!

Ft Owner Kedai Makan Report Polis Nasi Goreng Pataya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.