in

[VIDEO] Pak Cik Berkopiah Selamba Selak Kain, Kenc*ng Dekat Bonet Kereta Tepi Jalan

Ft Pak Cik Kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter, memaparkan seorang lelaki yang melakukan tindakan tidak senonoh di bahagian bonet sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan, bagaimanapun kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).


Menerusi video yang dimuat naik, dapat dlihat pak cik berkenaan yang memakai baju Melayu berwarna merah yang lengkap berkopiah itu sedang berjalan seorang diri sebelum menghampiri sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Namun, apa yang menjadi bualan warganet adalah pak cik itu dengan selamba menyelak kain pelikat miliknya sebelum dipercayai membuang air kecil dalam keadaan berdiri.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut dikatakan meletakkan kopiah yang dipakainya ke atas kereta berkenaan sebelum menyasarkan air kencingnya ke bonet Perodua Axia itu.

Rakaman CCTV menunjukkan, sebaik sahaja dia selesai berhajat, dia dilihat berlalu pergi seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku sebelum itu.

“Positive, mungkin orang-orang tua tak dapat nak tahan kencing” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang berfikiran positif bahawa mungkin pak cik berkenaan tidak dapat menahan kencing dan terpaksa membuang air ke arah kereta berkenaan.

Screenshot 5 1

Namun, rata-rata netizen mengkritik tindakan pak cik berkenaan yang dikatakan pengotor dan tidak senonoh.

Screenshot 9 2

Mungkin betul juga, pak cik tu tak dapat nak tahan kencing kan…

Sumber : Twitter

Baca : “Perangai apa ni?” – Wanita Buang Air Kecil Dalam Kedai, Terus Keluar Lepas ‘Settle’

Kencing Dalam Kedai 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.