in

[VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Baim Wong Bantu ‘Repair Aircond’ Kereta Pakcik Di Langkawi, Siap Belanja Makan!

Ft Baim Wong Bantu Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan pelakon Indonesia, Baim Wong yang sedang bercuti di Langkawi namun, apa yang dikongsikan itu telah menyentuh hati warganet.

Menerusi video tersebut dapat dilihat Baim berjumpa dengan seorang pakcik sejurus selepas dia sampai ke lapangan terbang Langkawi walaubagaimanapun, ketika menaiki kenderaan pakcik tersebut, Baim mengadu kepanasan disebabkan aircond kereta yang rosak.


Pakcik itu kemudian memberitahu bahawa dia belum mampu membaik pulih aircond tersebut kerana kosnya yang dikatakan agak mahal dalam lingkungan harga RM1,200.

@baimwong

🤗❤️ #baimwong #malaysia

♬ original sound – Baim Wong – Baim Wong

Berkongsi kisah bersama Baim, pakcik tersebut memberitahu dia sudah berada di airport tersebut daripada jam 7.30 pagi dan Baim adalah pelanggan pertamanya pada hari itu.

Apa yang menyayat hati, pakcik tersebut berkata jika dia tidak bertemu dengan Baim pada hari tersebut, dia dan keluarganya terpaksa berpuasa disebabkan pendapatannya yang kurang pada ketika itu.

“Kalau tak jumpa kamu, saya terpaksa berpuasa. Orang rumah pun turut sama sebab saya satu-satu yang bekerja untuk sara mereka,” jelas pakcik tersebut.

Screenshot 6 2

Sayu mendengar perjalanan hidup pakcik itu, Baim dilihat membawanya ke restoran di sebuah hotel untuk menjamu selera bersama dirinya dan rakan-rakan.

“Ini kali pertama saya datang sini. Saya tak pernah ke sini. Pertama kali dalam hidup saya. Tanpa kamu saya tak dapat merasa hotel ini,” ujar pakcik itu.

Di penghujung video tersebut, Baim telah bertindak memberikan sejumlah wang kepada pakcik itu sekaligus menanggung kos untuk membaik pulih aircond kereta tersebut agar ia lebih selesa untuk pakcik itu dan keluarganya.

“Semoga rezeki kamu seluas bumi. Amiin” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta mendoakan kesejahteraan Baim. Ada juga netizen yang mahu mendapatkan perkhidmatan daripada pakcik berkenaan.

Menurut salah seorang individu, pakcik berkenaan yang dikenali sebagai pakcik Dino itu adalah salah seorang otai yang bekerja di sana. Difahamkan, meskipun dia sakit, dia masih gigih mencari rezeki untuk keluarganya.

Screenshot 5

Betulah orang kata rezeki tak pernah salah alamat!

Baca : Pernah Jadi Idola Ramai, Bekas Peminat Jelaskan 5 Isu Problematic Libatkan Baim Wong

Ft Baim Wong Problematic 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.