in

[VIDEO] Netizen Setuju Pakar Motivasi Kongsi Cara Sebenar Pujuk Anak Untuk Elak Jadi Punca Kemurungan

Page Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa kecil-kecil dulu, macam mana ibu bapa korang pujuk kalau korang menangis?

Min yakin hampir semua ibu bapa akan menggunakan kaedah dengan meminta anak-anak mereka segera diamkan diri sebagai ajaran atau latihan untuk menjadi seorang yang kuat dari segi emosi apabila meningkat dewasa.


Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada satu video di TikTok yang mana pengguna ini telah kongsikan klip ceramah motivasi mengenai peranan ibu bapa dalam memujuk anak apabila bersedih.

https://www.tiktok.com/@gadissendu7/video/7070417422028688667?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo86K0Z3fOtZL5%2FcxINMIyOKdITG805RjZvknYuYFWYjK3dZGReJT6OSZN5%2B1uP1tAMxZlXAt3fsP%2B0KhqpGgA%3D&_r=1&language=en&mid=7054845850740099073&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7070417422028688667&share_link_id=11b740a9-5118-456f-9a4b-73fb14caf055&social_sharing=v3&source=h5_t&timestamp=1646293867&u_code=dl89cikjgg64h0&ugbiz_name=Main&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy

Ujar pakar motivasi yang dikenali sebagai Aiman Azlan, dia tidak menafikan bahawa sudah menjadi kebiasaan di kalangan ibu bapa menyuruh anak-anak mereka untuk berhenti menangis. Namun, dia menegaskan bahawa cara tersebut merupakan asbab kepada penyakit kemurungan.

“Daripada suruh anak-anak senyap, lagi baik kalau fahami perasaan diorang. Tanya… tengah sedih ke? Okay takpe, nangis je. Nangis lah. Ayah kat sini” – Aiman

Ini kerana, halangan yang dibuat oleh ibu bapa apabila anak-anak cuba meluahkan perasaan mereka akan menyebabkan mereka overthinking sehingga menjejaskan keadaan emosi dan juga mental mereka.

Walaupun ceramah motivasi itu dimuatnaik pada tahun 2019 di YouTube, namun klip yang dikongsikan di TikTok itu mencuri perhatian orang ramai kebelakangan ini kerana rata-rata boleh relate dengan perisian yang diberikan oleh Aiman Azlan.

Tiktok Full 1

Video lengkap ceramah motivasi itu korang boleh tengok kat bawah ni:

Ekoran itu, pakar motivasi menegaskan bahawa langkah yang terbaik adalah dengan mendidik cara seperti yang dikatakan sejak anak-anak masih kecil agar masalah kemurungan atau depression dapat dielakkan.

Min harap korang semua boleh cari sesiapa yang boleh dengar masalah korang. Make sure jaga kesihatan betul-betul!

Baca: “Takut nak bagitau” – Guru Dedah Sikap Sambil Lewa Ibu Bapa Didakwa Jadi Punca Murid Kemurungan

Untitled 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.