Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok mengenai kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun @iammeera yang menunjukkan suaminya sedang menolak ibu mentua di kerusi roda ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor.
Apa yang menarik perhatian warganet ialah tindakannya yang gigih menahan kerusi roda tersebut semasa turun ke tingkat bawah ketika menggunakan escalator.
https://www.tiktok.com/@xxmeeraxx9/video/7194677816191995163
Semasa artikel ini ditulis video berkenaan telah mendapat 1.2 juta jumlah tontonan dan meraih 109K tanda suka dalam masa dua hari.
Difahamkan, ibu kepada pemilik akaun tersebut menghidap penyakit angin ahmar sejak tujuh tahun lalu dan mengalami strok pertama pada tahun 2016.
Menurut si isteri, suaminya tidak pernah mengeluh penat apabila dia meminta teman untuk membawa ibunya ke hospital di sekitar Selangor untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan.
Pemilik akaun TikTok itu yang mesra dikenali sebagai Mira berkata, suaminya itu seorang yang suka melancong namun kini dia sentiasa berada dengannya untuk membantu menjaga ibunya itu.
Setelah video yang dimuat naik ke TikTok itu tular, ramai warganet yang menjadikan pasangan ini sebagai inspirasi untuk berbakti kepada ibu bapa mereka.
Mira sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar sentiasa menjadi anak yang baik dan memohon doa dan keberkatan daripada ibu bapa.
Tambah Mira, dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya berhenti kerja agar dia dapat menjaga ibunya kerana dia percaya bahawa rezeki Allah SWT itu sentiasa ada di mana sahaja.
“Semoga dapat jodoh yang baik macam ni” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat pasangan itu dan juga ibu mereka serta ada yang sempat memuji tindakan suami Mira yang sanggup menjaga ibu mentuanya seperti ibunya sendiri.
Sebaknya! Semoga dipermudahkan urusan dorang ni…
Baca : Ibu Hilang Di Hospital Masa Tunai Umrah, Rupanya Dah ‘Pergi’ Sehari Sebelum Pulang Ke Tanah Air