Psssttt… min nak tanya ni, kecik-kecik dulu apa patung favourite korang? Macam min, min still simpan lagi patung Powerpuff Girls kat rumah. Hihihi…
Min percaya, setiap orang mesti rasa seronok kalau dapat hadiah patung kan? Tak kesah lah saiz kecil ataupun besar, yang penting keikhlasan si pemberi tu! Tambah pula kalau dapat dari yang tersayang, lagi lah berbunga hati.
Tapi, lain pula cerita dari Twitter menerusi akaun @FredSchultz35, yang mana perkongsian videonya telahpun viral selepas reaksi kanak-kanak lelaki dalam video itu menerima hadiah dari ibu bapanya buat ramai cair!
His parents had a stuffed toy made from one of his drawings, so cool. ??❤️? pic.twitter.com/vQfdYb2uBS
— Fred Schultz (@FredSchultz35) January 20, 2022
Hadiah Krismas patung dari lukisan sendiri
Dilihatkan dari suasana dalam video itu, dipercayai video itu telah dirakam semasa sambutan perayaan Hari Krismas yang lalu di mana ibu bapa kanak-kanak lelaki itu memberikan hadiah patung kepadanya.
Lebih mengejutkan, semasa anaknya unboxing hadiah yang diterima, dia sangat teruja selepas mengeluarkan patung itu dari kotaknya. Dengan hanya mengeluarkan kata-kata ‘Wait! Wait! Just a second!’, dia segera ke biliknya untuk memastikan sesuatu.
Ternyata, patung yang dihadiahkan kepadanya itu merupakan dari lukisan yang ditampal di dinding biliknya. Bukan tu je tau… Rupa-rupanya, lukisan tersebut merupakan karakter Pokemon yang dilukis sendiri oleh kanak-kanak lelaki itu!
“Betul-betul mengujakan! Siapa sangka dari lukisan boleh jadi patung?!” – Netizen
Rata-rata menyifatkan bahawa keterujaan kanak-kanak itu menunjukkan bahawa dia sememangnya sangat bertuah kerana ibu bapanya sanggup melakukan perkara yang mengambil masa dan effort yang tinggi itu.
Video itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.3 juta dan juga lebih 250 ribu likes di Twitter dan sehingga ke hari ini ianya tular di platform media tersebut.
Min banyak kali ulang video ni… Betul-betul tak jangka ada patung 3D hasil dari lukisan sendiri! Semoga jadi kenangan terindah untuk awak ya!
Baca: “Tak mainlah guna kertas” – Karya Luar Biasa, Wanita Guna Lipas Mati Jadi Kanvas Lukisan