Lagi-lagi kes kemalangan maut. Kalau korang perasan biasanya yang maut bukan punca kemalangan tapi pemandu berhemah yang ikut peraturan jalan raya!
Pemandu keluar simpang ‘melulu’
Sebentar tadi page Info Roadblock JPJ/POLIS berkongsi satu video kemalangan di simpang Persimpangan Parit Setongkat, Jalan Salleh, Muar Johor.
Sumber mengatakan kemalangan tersebut terjadi apabila sebuah kereta jenama Honda keluar dari simpang secara melulu. Video di bawah.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/484860642488717
Laju betul, ingat litar ke?
Meragut nyawa seorang ibu manakala suami dan anaknya cedera parah di kepala
Kata Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian jam 2.07 pagi itu, Nor Aina Farahin Jai, 31, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.
Manakala, suaminya, Muhammad Alliashia Othman, 37 yang memandu Proton Exora itu serta anak tirinya, Aliya Farhana Abdullah, 10, Alif Farahin, 7 dan Alif Siraj, 3 yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah di kepala.
Akibat kemalangan tersebut, pemandu Honda Accord tersebut yang dikenal pasti sebagai Ong Chun Chuan, 49 tahun, mengalami kecederaan retak tulang kaki dan masih tak sedarkan diri lapor Sinar Harian.
Semua yang terlibat dalam kemalangan itu kini sedang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
“Pukul 2 pagi, laju…macam mabuk je.” – Netizen
Sudah semestinya kemalangan yang berpunca dari kecuaian hingga menyebabkan kematian akan menaikkan kemarahan warganet.
Assume kemalangan ini berpunca dari memandu dalam keadaan mabuk, warganet masing-masing meluahkan rasa marah dan geram terhadap pemandu terbabit.
Apa-apa pun, mari berdoa agar keluarga yang dilanggar itu segera sembuh dari kecederaan.
Baca : Dahsyat! Myvi Rempuh Honda di Persimpangan Jalan, Pemandu Honda Maut Di Tempat Kejadian