in

[VIDEO] Luahan ‘Auntie’ Ni Buat Ramai Sebak, Terpaksa Berniaga Untuk Dapatkan Duit Di Usia Tua

page auntie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perasaan korang bila nampak warga emas yang berniaga di sekitar kaki lima? Mesti akan terdetik juga rasa kesian kan?

Mana taknya, di usia mereka yang dah semakin meningkat tua, sepatutnya diorang duduk di rumah sambil meluangkan masa bersama anak-anak, cucu dan bukannya mengerah tenaga untuk mendapat duit demi kelangsungan hidup.


Macam satu video perkongsian di TikTok milik @cahayaichagulo__ ni, dia berjumpa dengan seorang auntie di sebuah kaki lima sekitar Logan Heritage, Georgetown, Pulau Pinang dan luahan yang diucapkan memang meruntun jiwa…

@cahayaicha__

Sebenaq nya tak sanggup nak bagi tinggal? ?

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Tak ada family dah… Ni untuk cari duit”

Apa yang mencuri perhatian orang ramai apabila wanita yang dikenali sebagai Icha ini mengajukan soalan kepada auntie itu mengenai keluarganya selepas dia menyusun barang-barang jualannya di kaki lima.

“Family auntie dekat mana?” – Tanya Icha

“Dah tak ada dah…” – Jawab auntie

“Dah ada makanan dah”

Belum cukup dengan itu, Icha turut menghulurkan sedikit bantuan berbentuk makanan dan juga minuman kepada auntie. Malah dia menolak pelawaan Icha dengan baik apabila diajak untuk pergi makan bersama. Ini jawapan auntie tu…

“Saya dah ada makanan. Tadi pun dah ada makan”

Perkongsian video itu mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain apabila auntie itu masih lagi bersemangat untuk berniaga demi mencari wang saku. Tak kurang juga yang turut mendoakan agar urusan Icha sentiasa dimudahkan kerana prihatin dengan warga emas.

tiktok full

Min harap perkongsian ni dapatlah korang jadikan sebagai teladan ya… Bak kata pepatah, orang tua dihormati, orang muda disayangi…

Baca: Kedai Makan Pasang ‘Banner’ Larang Pelanggan 18 Tahun Ke Atas Panggil Pemilik ‘Auntie’ Kalau Tak Ikut...

untitled 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.