Kalau diingat semula tahun lepas, semasa KKM mewajibkan semua rakyat Malaysia memakai pelitup muka di tempat awam, ada satu kes seorang wanita warganegara luar tular kerana enggan memakai pelitup muka itu di sebuah butik jenama terkemuka di KLCC sehingga dia digelarkan sebagai ‘Karen’.
Namun begitu, insiden lebih kurang sama berlaku pada penghujung 2022 ini di mana terdapat satu video viral di TikTok semalam memperlihatkan seorang wanita dari negara luar maki hamun kepada kakitangan yang dipercayai di KLIA.
Apa yang korang akan buat kalau orang macam ini serang tanpa sebab?”
https://www.tiktok.com/@missssssyl/video/7181731986304732421?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Wanita tersebut dilihat marah dan hempas barang di atas meja kaunter, dia juga dilihat mengejek pekerja tersebut sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertanyakan nama pekerja itu dengan cara biadap.
Video tersebut telah meraih 100K jumlah tontonan dalam masa 20 jam, biarpun punca dan waktu kejadian masih belum dikenal pasti, pemilik video mendakwa bahawa dia diserang oleh wanita itu tanpa sebab.
Malah, menerusi ruangan komen, ramai netizen bengang dengan sikap wanita tersebut, kejadian ini juga turut mendapat perhatian Kudsia Kahar di Twitter dan menggesa pihak Imigresen untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita tersebut.
Last year, Dior Karen, this year, KLIA Karen – Netizen
Sedikit info andaikata ada yang tak faham maksud Karen, ia adalah slang yang menunjukkan seorang wanita yang entitled dan suka marah pada perkara yang tidak munasabah. Di luar negara, gelaran ini biasanya diberikan kepada orang berkulit putih yang racist.