Kelibat seorang pakcik berjalan kaki ketika cuaca terik di sebuah jalan berdekatan kawasan perumahan membuatkan seorang lelaki berasa simpati untuk menumpangkannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Syed Samad di TikTok, pada ketika itu dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan sedang membuat panggilan video dengan tunangnya.
Menurutnya, dia tidak dapat menggerakkan kereta dengan lancar kerana di hadapannya terdapat seorang pakcik sedang berjalan perlahan sambil menjinjing beberapa bungkusan plastik.
@samadpiupiu La Ilaha Illallah, La Ilaha Illallah, La Ilaha Illallah tak terhitung berapa banyak dia sebut nama tuhan sepanjang 10 minit aku dengan dia. Tak banyak perkataan yang dia ucap kecuali Tiada Tuhan Selain Allah. Terima kasih Allah, kau detikkan hati aku untuk membantu dia melalui bakal isteri ku. Sebelum ada yang kata aku masuk office lambat, hari semalamnya aku masuk office jam 7.50 pagi, dan balik 4.30 pagi. sekian.
Dalam video itu, tunangnya meminta dia memberi bantuan kepada pakcik tersebut. Dapat dilihat, lelaki itu mempelawa pakcik terbabit untuk menumpangnya pulang ke rumah.
Lebih menyentuh hati apabila pakcik terbabit tidak henti-henti mengucapkan kalimah Allah sebagai tanda bersyukur dan berterima kasih kepada lelaki itu.
Sepanjang perjalanan, kedengaran suara pakcik itu hanya mengucapkan kalimah Allah dan beberapa perkataan sahaja untuk menunjuk arah ke rumahnya.
“Tak terhitung berapa banyak dia sebut nama tuhan sepanjang 10 minit aku dengan dia. Tak banyak perkataan yang dia ucap kecuali Tiada Tuhan Selain Allah
“Terima kasih Allah, kau detikkan hati aku untuk membantu dia melalui bakal isteriku,” katanya di ruangan kapsyen video itu.
Perkongsian video itu ternyata telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya memuji kebaikan lelaki itu yang membantu menghantar pakcik berkenaan pulang ke rumahnya.
Ada juga yang menyatakan pakcik tersebut memang selalu berjalan kaki jika kemana-mana dan kebetulan pada waktu kejadian, hadir lelaki ini memberi pertolongan.
Sekecil mana pertolongan yang diberikan sekalipun, ia tetap dapat membantu gembirakan mereka.
Baca: “Dapat apa je?” – Sebak Tengok Guard Bungkus Dinner RM5, Pemuda Terus Belanja Lauk Ayam