in

[VIDEO] Lelaki Dedah ‘Trick’ Helah Pengguna ‘Curi’ Elektrik, Ubah Bacaan Meter

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes manipulasi bacaan meter elektrik ini boleh dikatakan bukan lagi perkara baru yang kita pernah dengan. Di musim wabak Covid-19 masih lagi melanda, Min pasti ramai yang mengalami kesukaran tersendiri untuk melangsungkan kehidupan seharian.


Namun, itu bukan alasan untuk sesetengah pihak tidak telus dalam mengubah bacaan meter elektrik mereka. Dah kira menipu dah tu…

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok dengan nama @teguhsaktiglobal telah berkongsikan helah bagaimana pengguna mengubah bacaan meter elektrik mereka melalui kaedah bypass. Atau macam yang abang ni cakap, curi karan.

Macam mana mereka ‘curi’ elektrik?

Melalui perkongsian berdurasi 3 minit itu, pemuda ini dilihat menggunakan clamp meter untuk mengenal pasti sama ada bacaan pada meter elektrik selari dengan peranti tersebut.

Awalnya, lelaki tersebut dilihat menekan butang select pada meter tersebut, hingga muncul paparan ‘ubah ke Set B’. Selepas itu, skrin kecil pada meter itu akan menunjukkan purata bacaan penggunaan elektrik melalui tiga jenis wayar berwarna merah, kuning dan biru.

Setelah diuji semula menggunakan clamp meter, lelaki itu mendapati bacaan pada wayar kuning dan biru tidak selari dengan yang ditunjukkan pada meter elektrik itu. Dia kemudiannya mendedahkan rahsia di sebalik kejadian ini.

Rahsia ‘bypass cable’ kini terbongkar

Melihat pada bahagian bawah meter, pemuda ini menunjukkan lapan jenis kabel berbeza di mana ada kabel masuk dan keluar untuk setiap warna.

Walau bagaimanapun, ‘rahsia’ yang digunakan oleh pengguna untuk memanipulasi bacaan adalah melalui kabel bypass yang terletak di celah-celah kabel keluar dan masuk. Hal itu menyebabkan bacaan pada paparan meter berbeza dengan bacaan pada peranti clamp meter.

2 3

Lelaki tersebut turut memberi peringatan kepada mereka yang baru menyewa rumah supaya memeriksa meter elektrik terlebih dahulu.

Ia bertujuan supaya mereka tidak sewenang-wenangnya diambil tindakan oleh Tenaga National Berhad (TNB) jika berlaku masalah ini di luar pengetahuan mereka.

Dia turut memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak mengamalkan kaedah ini untuk ‘mencuri’ elektrik, hal ini kerana mereka berpotensi untuk dikenakan tindakan atau disaman TNB jika ‘kantoi’.

Menarik betul perkongsian abang ni. Haa… ingat, jangan berani-berani curi karan ya…

Sumber: Tiktok

Baca: Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Melambung Naik Masa Musim Panas – TNB

6 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.