in

[Video] Lama Sangat Tak Balik Rumah, Remaja Terkejut Tengok Apa Yang Terjadi Kat Biliknya Sebab…

Ft Stor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang bila pergi belajar sampai lupa nak balik rumah, baik mengaku! Min yang perjalanan tiga jam dari rumah pun rasa macam malas nak balik bila dah sibuk dengan tugasan kelas.


Tapi korang jangan la sampai tak balik langsung pula, nanti jadi macam brader ni!

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok Indonesia dikenali sebagai @c3c3relatwati, lelaki ini dikatakan sudah dua bulan tidak pulang ke rumahnya.

Menempuhi perjalanan yang jauh, sudah tentu perkara pertama yang terbayang di mata adalah katil untuk melepaskan segala kepenatan.

Namun alangkah terkejutnya dia, setibanya lelaki ke rumahnya, bilik tidurnya sudah diubah menjadi stor dengan pelbagai barangan dikumpul di situ.

@c3c3relatwati

Mama sudah bilang ko pu kamar sudah jadi gudang?#fyp #keluargabahagia #MagicCoolingMagicNowID #fypindonesia

♬ original sound – TampaCurhat – TampaCurhat

Alamak, dah penat-penat angkat beg sekali bilik dah jadi saranglah…

Terkejut dengan situasi itu, dia hanya mampu membelek barangan yang ada di dalam biliknya itu tanpa mampu berbuat apa-apa.

Tidak menyangka dengan situasi itu, lelaki tersebut dilihat termenung seketika melihat kamarnya yang telah ‘berubah wajah’.

Dia kemudiannya terpaksa menumpang di bilik lain buat sementara waktu bagi menghilangkan penatnya.

Aduh macam mana boleh jadi macam tu? Korang janganlah jarang balik rumah, mungkin nanti jadi benda yang sama.

Baca : [VIDEO] Daripada pembalut tangan boleh buat anak tudung Gaya Lelaki Ini Promote Kain Serbaguna Bikin Netizen Geli Hati

Capture 9 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.