in

[VIDEO] Laluan Dihalang Pemuda Sedang Menari, Reaksi Anjing Bingung Buat Ramai Terhibur

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pelbagai platform media sosial yang wujud pada hari ini, boleh dikatakan ramai remaja yang membuat konten untuk dipertontonkan kepada umum. Ada yang membuat video berbentuk hiburan, dan ada juga yang membuat video ilmiah.


Menari tak ingat dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan seorang remaja lelaki sedang asyik membuat konten di luar rumahnya. Video ini dipercayai dirakam di sebuah kawasan perumahan di Indonesia.

Menerusi video tersebut, lelaki berbaju biru tersebut menari selama beberapa saat. Tanpa disedari, seekor anjing berada di belakangnya dan mahu lalu di laluan yang sedikit sempit itu. Melihatkan lelaki itu sedang menari, anjing itu hanya menunggu di belakang.

Apa yang kelakarnya dalam video ini, anjing tersebut seolah-olah turut menari apabila dia cuba untuk melepasi lelaki yang sedang menari itu. Comel betul!

Warganet terhibur

Video ini ternyata tular dan mendapat perhatian ramai. Ketika artikel ini ditulis, video lucu tersebut sudah pun mencecah lebih 400 ribu jumlah tontonan.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapat rata-rata warganet terhibur dengan gelagat anjing tersebut yang dilihat begitu bingung. Ada juga yang turut memuji tarian remaja itu.

Weh kelakar sangat. Kesian anjing tu nak lalu,” tulis salah seorang warganet.

Nasib baik akhirnya anjing tersebut berjaya melepasi remaja lelaki tersebut selepas melakukan beberapa cubaan.

BACA: Terlalu Ingin Menjadi Anjing, Lelaki Gembira Impian Tertunai Lepas Keluarkan Modal RM690k

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.