in

[VIDEO] Lagi Kes Curang, Isteri ‘Tangkap’ Suami Dengan Isteri Baru Di Airport

ft suami kahwin lain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, banyak betul kes keretakan rumah tangga berlaku dan terkini, satu kejadian yang sama berlaku di Indonesia apabila si isteri dapat tahu yang suaminya sudah bernikah dengan wanita lain di belakangnya.

Wanita yang dikenali sebagai Anissa ini menceritakan bahawa perkara itu mula terbongkar saat dia menerima kiriman WhatsApp daripada suaminya yang menunjukkan tiket penerbangan Bali-Jakarta pada 31 Mei lalu.


Artikel berkaitan : “Hampir nak peluk tu” – Suami Kantoi Curang Depan Mata Isteri Waktu Berduaan Dengan Wanita Lain

Artikel berkaitan : Tular Didakwa Buat Aksi Tak Senonoh Ketika ‘Live’, Pasangan Peniaga Tawar Ganjaran RM50k Cari Individu Sebar Video

 

Curang pada hari ulang tahun

Apa yang membuatkan Anissa ini terkejut adalah dalam tiket penerbangan itu tertera nama suaminya dan seorang wanita yang tidak dikenali. Setelah fikir masak-masak, Anissa membuat keputusan untuk melihat sendiri siapakah gerangan wanita tersebut.

Setelah tiba di lapangan terbang tersebut, ternyata suaminya bersama wanita lain untuk ke Bali.  Lebih meruntun hati, dia saksikan kecurangan suaminya itu tepat pada hari ulang tahun perkahwinannya yang baru sahaja genap setahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anissa (@alinechaa)

“Sakit sekali rasanya saat itu. Saya tidak mengerti, untuk apa harus mengirimkan tiket penerbangan itu? Ternyata, setelah saya cari tahu, si pelakor bernama Lucknut inilah yang mengirimkan tiket itu ke saya.”

Lebih menyedihkan lagi, pada 23 Jun kepas dia dan suami sudah sepakat untuk menjalani program hamil di sebuah hospital. Namun, pada 24 Jun keesokan harinya lelaki yang kini sudah menjadi bekas suaminya itu telah menikah dengan wanita tersebut.

Anissa yang juga hidup sebatang kara tanpa ibu bapa ini meluahkan rasa sedih apabila dia dikhianati oleh lelaki tersebut.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan bersama wanita lain berjalan di airport dan dipanggil oleh Anissa, menerusi hantaran lain, Anissa ada menunjukkan gambar kiriman tiket penerbangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anissa (@alinechaa)

Malah, difahamkan, Anissa ada terbaca hantaran di TikTok wanita tersebut, difahamkan wanita itu membuat kenyataan yang mengatakan suami orang tergila-gilakannya.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.