in

[VIDEO] King Coco ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri, Netizen Sokong!

King Coco Is Back

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin yakin, by now korang semua dah tahu sangat dah pasal isu Datuk Seri Aliff Syukri panggil wanita sebagai ‘muka macam bomoh’ dekat rancangan Gegar Vaganza secara langsung.

Ramai sangat yang tak berpuas hati dengan apa yang Aliff Syukri cakap masa program tu berlangsung, termasuklah para selebriti dan personaliti media sosial.


Antara yang bersuara adalah Imran Ajmain, Dato’ Fazley, malah Arwind Kumar pun ada buat video yang mendesak jutawan kosmetik tu tampil mohon maaf kerana bermain unsur racism bila dia sentuh pasal warna kulit Santesh (berkulit gelap). Kalau korang lupa apa dia cakap, jom throwback sikit:

https://twitter.com/kwahida_/status/1059095926071975936?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1059095926071975936&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Fmsians-call-for-boycott-after-cosmetics-millionaire-aliff-syukri-calls-lady-ugly-on-live-tv%2F

Dan ni pulak  video Arwind Kumar atau lebih femes dengan panggilan Makcik Roast Mah. Video tu terus viral lepas dia upload pada hari Isnin.

https://www.facebook.com/aforarwind/videos/367430020466904/

Kamu stereotaip orang berkulit gelap, tanpa perasaan kamu panggil seseorang itu buruk, secara terbuka di rancangan TV secara langsung, sikap hormat macam mana kamu harapkan daripada masyarakat, Aliff Syukri?”

Itulah kata-kata dia sebelum minta Aliff Syukri mohon maaf. Lepas tu, keluar pulak video Aliff yang ‘sedih’ sebab dikecam teruk. Dah agak dah….

https://twitter.com/rotikaya/status/1059439792050528257?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1059439792050528257&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Fmsians-call-for-boycott-after-cosmetics-millionaire-aliff-syukri-calls-lady-ugly-on-live-tv%2F

Semalam, King Coco pula tampil untuk ‘sekolahkan’ Aliff Syukri berkenaan isu tu. Kata Coco,

Tahukah anda kritikan tersebut boleh membuat seseorang menjadi depresi? Bagi saya sendiri yang pernah menjadi mangsa kutukan fizikal sendiri tahu macam mana rasanya. Tidak semua orang sempurna dari segi kecantikan.”

https://www.instagram.com/p/Bp07jTFFsRA/

Apa yang dikatakan Coco disokong oleh netizen yang menganggap Aliff Syukri itu terlalu bodoh sampai kena ‘ceramah’ dengan orang seperti Coco.

Ramai juga yang puji Coco kerana dikatakan semakin matang jika nak dibandingkan dengan dulu yang sering dihentam disebabkan bercakap guna slang.

“Sebenarnya dia dari dulu cakap benda benda yang positive & masuk akal. Tapi disebabkan slang mix dia tu orang tak dengar pun apa yang dia sampaikan.”

“Apa yang dia cakap masuk akal dan dia nampak lebih matang dari dulu.”

“Aku setuju apa yang dia cakap.”

“Sukanya dengar dia bercakap. Kudos sebab bagi nasihat yang positif.”

Walaupun ada juga yang support Aliff Syukri ni, tapi tak boleh lawan dengan jumlah orang yang kecam dan hentam dia.

Admin harap Dato’ Aliff tampil mohon maaf secara terbuka sebab dah malukan ramai pihak dan berhenti buat drama sedih bila kena bash… Harap lepas ni dia berfikir dulu sebelum bercakap!

Baca: “I want to find ugly woman to try my product” – Datuk Aliff Dikecam Buat Gimik Produk Tak Kena Tempat

Karot La Kau Alif 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.