Setiap permasalahan yang timbul dalam hidup kita ini, pasti akan jumpa jalan penyelesaiaannya jika kita dapat fikirkan dengan baik. Tapi kadang-kadang tu juga, kita terpilih langkah yang rumit walhal ada saja cara yang mudah boleh kita lakukan.
Seakan sama dengan kisah ini, apabila ‘langkah’ yang dipilih oleh pemuda ini untuk menyelesaikan masalahnya memang tak pernah terfikir dek akal.
Kerusi tak muat masuk rumah
Sejak beberapa hari lalu, sebuah video mengenai seorang pemuda yang cuba membawa kerusi ke dalam rumahnya ini menjadi viral disebabkan jalan penyeleasaiannya yang luar dari kotak pemikiran.
Menerusi posting yang dibuat oleh @ibnukhalid_00, kelihatan Khalid sedang cuba untuk membawa masuk kerusi ke dalam rumahnya. Jalan ke depan tak lepas, jalan mengundur pun masih tak boleh.
Potong gril.. Runtuhkan dinding
Lalu dia terus melihat keadaan pintu rumahnya itu, dan tanpa disangka-sangka Khalid mula memotong gril besi pintu rumahnya itu. Uih dia nak buat apa ni?
Selepas dah potong gril tersebut, dia turut mencabut pintu rumahnya itu. Lepas beberapa ketika, Khalid tiba-tiba mula memotong dinding pintu rumah berkenaan dari atas sampai ke bawah. Lebih mengejutkan, dia terus merobohkan dinding tersebut.
Apa yang paling tak disangka, rupanya semua kerja yang dibuat tadi adalah untuk memudahkan dia membawa masuk kerusi tadi. Akhirnya dia berpuas hati, sebab kerusi tersebut dah mudah untuk dibawa ke dalam rumah.
Perkongsian video berkenaan telah menarik perhatian ramai, sejak dimuat naik beberapa hari lalu ia telah meraih lebih dari 5.5 juta tontonan di TikTok.
@ibnukhalid_00 Done masukkan kerusi✅#fypシ #foryoupage #tiktokvideo
“Kenapa tak potong kerusi jadi 2 je”
Di ruangan komen, nyata tindakan pemuda ini membuatkan rata-rata netizen tak habis fikir. Ada yang bagi cadangan sebaiknya bahagi saja kerusi tu kepada dua bahagian. Selain itu juga, ada yang masih tak menyangka disebabkan masalah itu dia ambil langkah ‘drastik’ sebegini.
Em kenapa eh, min speechless jap. Korang yang lain pernah ada masalah nak masukkan kerusi dalam rumah juga tak? Kalau ada tolong share penyelesaian dia ya. Em