Kalau korang tengok perlawanan Liga Super Malaysia malam tadi, korang mesti tahu yang pasukan Selangor FC telah berjaya menang besar melawan pasukan Kedah.
Kemenangan yang patut diraikan lebih-lebih lagi oleh penyokong-penyokong yang hadir sendiri ke stadium telah jadi perkara lain bila tular satu video menunjukkan pemain-pemain Selangor dimaki oleh kelab peminat Ultrasel. Alamak apa kes menang pun kena maki?
https://www.instagram.com/p/CcLSs7Cp3_2/
“Sebab tu team kau bolos tiap tiap game sebab kepala hotak kau macam ni”
Dalam video yang dimuat naik di media sosial ini, dapat ditunjukkan salah seorang penyokong telah melepaskan kemarahan kepada Safuwan yang merupakan kapten pasukan menggantikan Brendan Gan.
Dapat dilihat dalam video dekat bawah, salah seorang penyokong di sana telah memaki dan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap didengar kepada Safuwan.
Difahamkan, penyokong tersebut tak puas hati kerana merasakan pemain tak bermain dengan baik kerana sering bolos dalam setiap perlawanan.
https://www.instagram.com/p/CcLeONoBHEt/
“Saya maafkan awak”
Safuwan, menerusi Instagram telah memberikan komennya mengenai kejadian malam semalam. Menurutnya, selagi Brendan Gan masih belum kembali atas padang, dia sebagai kapten ganti akan sentiasa melindungi pemain.
Selagi @brendangan kapten sebenar belum balik atas padang, saya akan sentiasa cuba yang terbaik untuk melindungi pemain di atas dan di luar padang.
Tetapi kalau insiden seperti semalam terjadi, memang agak mengecewakan bagi saya. Perkataan yang keluar dari mulut awak tunjukkan perangai awak sebagai manusia.
Teruskan sokongan kepada pasukan tak kira apa, kerana kita semua manusia. Sentiasa positive. Saya maafkan awak.”
Harapnya kejadian macam ni tak berulang lagi. Tambah-tambah masa bulan Ramadan ni kan…
Baca: [VIDEO] Kecoh! Wanita Dibelasah Lepas Mengamuk Baling Tong Sampah Tepi Padang Bola Gara-gara…