Selalu juga kita dengar tentang pergaduhan di antara penyokong-penyokong kelab bola sepak ni. Malah ada juga yang sampai melibatkan fizikal dan hilang nyawa pun ada tau!
Macam baru-baru ni, satu video tular di media sosial menunjukkan pergaduhan yang berlaku di antara penonton bola sepak ketika perlawanan akhir Puncak Alam League berlangsung.
Video yang dimuat naik di Twitter ini menunjukkan reaksi seorang penyokong wanita yang dilihat mengamuk sehingga membaling beg dan tong sampah ke arah penyokong lelaki lain.
Sambungan part 2. pic.twitter.com/FyzlIKW8lO
— Nasr Media (@nasrmediamy) March 23, 2022
Ekoran tindakan wanita tersebut, beberapa lelaki telah bangun dan mula membalas reaksi wanita itu dengan menolak dan memukulnya sehingga pemain-pemain bola terpaksa masuk campur bagi menghentikan pergaduhan tersebut.
Difahamkan, pergaduhan ini tercetus kerana wanita ini tidak tahan mendengar kata-kata kesat penyokong COFC sehingga bertindak untuk membaling tong sampah. Wanita itu kemudiannya telah dipukul beramai-ramai.
Untuk pengetahuan korang, perlawanan akhir Puncak Alam League ini adalah di antara pasukan COFC dari Sungai Buloh dan pasukan Bandar Putera 2 yang berlangsung pada 22 Mac lepas.
Meninjau ke laman Facebook rasmi COFC, pasukan ini telah pun mengeluarkan kenyataan maaf di atas insiden yang berlaku dan menyatakan persediaan mereka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=954111048802864&id=241283593418950
Mungkin wanita tersebut merupakan salah seorang ahli keluarga pemain kot, sebab tu lah dia terlampau emosi bila dengar kata-kata kesat dari penyokong pihak lawan. Apa-apa pun, min harap wanita tersebut tak alami kecederaan yang teruk.