in

[VIDEO] Kad ATM Tercicir, ‘Pencuri’ Beli ‘Skincare’ Sampai Licin Duit Dalam Akaun

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak hilang kad-kad penting macam kad pengenalan atau kad ATM? Memang pening betul kalau jadi macam ni.


Baru-baru ini, seorang lelaki telah kongsikan video di TikTok menunjukkan dugaan yang dihadapinya di pagi raya apabila kad bank kepunyaannya tercicir.

Lebih menyedihkan, @manstylo79 hanya menyedari bahawa kad ATM tersebut tercicir selepas melihat beberapa transaksi dibuat menggunakan paywave sehingga mencecah RM362.45.

Di dalam video yang dimuatnaiknya itu, lelaki ini turut kongsikan tangkap layar transaksi yang dibuat oleh individu yang menemui kad tersebut telah membuat beberapa transaksi debit di sebuah kedai penjagaan kesihatan dan kecantikan di sebuah pasar raya di Puchong.

@manstylo79

#dugaan pagi raya 2022 ???

♬ Funny Song – Cavendish Music

Selain itu, turut dikongsikan laporan polis yang telah dibuat pada hari Ahad mengatakan yang dia telah menerima mesej dari pihak bank menunjukkan transaksi yang dibuat sebelum pengadu menyedari kad ATM bank tiada dengannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan orang yang menggunakan kad yang ditemuinya itu serta turut menasihati pengguna TikTok ini untuk menetapkan had kad minima bagi bayaran paywave.

Screenshot 2022 07 14 At 4.09.13 Pm Down

Hm sedihnya bila jadi macam ni. Tak ada rezeki…

 

Baca: Gara-gara Masalah Teknikal, Mesin ATM ‘Telan’ RM4,950 Wanita Tanpa Resit

Screenshot 2022 07 14 At 4.18.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.