in

[VIDEO] Ini Antara Sebab Kenapa Malaysia Tidak Boleh Senang-Senang Hantar Tentera Pergi Berperang Di Palestin

Cats 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, Malaysia merupakan salah satu negara yang terus menyokong dan membantu rakyat Palestin yang terpaksa berhadapan dengan serangan daripada tentera Israel. Bantuan dan derma oleh rakyat Malaysia menunjukkan yang kita betul-betul prihatin dengan nasib saudara seagama kita di sana.


Tapi, pernah tak korang terfikir, kenapa kerajaan kita tak pernah hantar tentera untuk tolong rakyat Palestin dekat sana? Hmm, mesti ada sebab ni.

 

Kena ikut undang-undang

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok oleh pemilik akaun A’minahtul Mardiah yang dimuat naik semalam sehingga mendapat hampir satu juta tontonan, dia berkongsi sebab kenapa Malaysia tidak boleh senang-senang hantar tentera untuk bantu Palestin mengikut undang-undang antarabangsa.

@aminahtulmardiah

Basic law- kenapa tak boleh hantar tentera. #freepalastine #freepalestine #humanity #icantbreath #tiktokmalaysia

♬ original sound – A’minahtul Mardiah – A’minahtul Mardiah

 

Malaysia merupakan negara berkecuali

Dalam video tersebut, wanita itu menceritakan yang Malaysia merupakan salah satu negara yang berada di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau disebut juga sebagai Non-Aligned Movement (NAM). Negara-negara yang berada di bawah pergerakan NAM ini akan dilindungi daripada dijajah oleh negara lain. Kalau kerajaan Malaysia hantar tentera untuk bantu Palestin, itu dianggap sudah melanggar undang-undang dan negara kita akan bebas untuk dijajah oleh mana-mana negara lain.

7I

 

Dengan kebenaran United Nation Charter

Tapi, kalau Malaysia nak hantar juga tentera ke Palestin, mestilah dengan tujuan untuk misi keamanan dengan kebenaran United Nation. Ingat, kalau tak ada kebenaran United Nation, itu sudah dikira melanggar undang-undang dah automatik Malaysia akan terkeluar dari negara-negara berkecuali juga.

22

 

ASEAN Charter

Organisasi ini pula tidak membenarkan negara-negara di bawah ASEAN untuk terlibat dalam sebarang campur tangan ketenteraan. Antara platform yang Malaysia boleh gunakan untuk suarakan tentang isu ini adalah melalui Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

333

Semua yang diceritakan oleh wanita ini adalah berdasarkan Basic Law tau. Korang boleh google dan cari tentang Basic Law untuk tahu lebih banyak lagi tentang undang-undang yang ada.

Kalau Malaysia langgar mana-mana undang-undang yang ditetapkan, sudah dikira melanggar undang-undang antarabangsa tau. Haa,jangan main-main tau!

 

Sumber: A’minahtul Mardiah

Baca:”Teruskan perjuanganmu Palestin! Bedil lagi seberapa banyak roket yg kamu ada”- [FOTO] Keadaan Kota ‘Asqalan Selepas Diserang Roket Gaza

Capture 49

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.