Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Isu kebersihan kedai makan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang baru habis menikmati hidangannya berasa terkejut apabila dia tiba-tiba terjumpa kepala tikus di dalam lauk hidangannya itu.
Dah habis makan baru perasan ada kepala tikus!
https://www.tiktok.com/@tiktok_kluang/video/7187765108624575770?_r=1&_t=8YzE309xi3V
Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan dan meraih lebih 13K tanda suka di laman sosial TikTok.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki dipercayai sedang membelek suatu bendasing yang disaluti dengan lauk sebelum menyedari bahawa benda tersebut adalah kepala haiwan perosak.
Kepala tikus tersebut kelihatan kurang jelas kerana ia sudah bersalut dengan kuah, bagaimanapun masih terlihat dengan jelas misai yang ditemui dan tekstur bendasing tersebut yang kelihatan seperti kepala tikus.
Difahamkan, kedai nasi kukus di Sabah itu telah pun diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
https://www.tiktok.com/@tiktok_kluang/video/7187764587737959706?_r=1&_t=8YzDw4jzMLh
“Ya Allah kembang tekak tengok!” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen meluahkan rasa jijik apabila melihat video berkenaan dan memberitahu bahawa bendasing seperti itu tidak patut dijumpai dalam makanan berkenaan.
Namun, ada juga yang meninggalkan tanda tanya mengenai bagaimana tikus tersebut boleh berada di dalam makanan tersebut.
Pehhh apa pun kita tunggu la laporan lanjut dari pihak berkuasa…
Baca : Viral Video Tikus Jamah Ayam Goreng Di Kedai Makan, Restoran Di Pandan Indah Diarah Tutup 14 Hari