Masakan air tangan ibu yang mengandungkan dan membesarkan kita adalah masakan yang paling sedap dan tiada tandingnya di dunia ini.
Sampaikan hidangan yang disediakan oleh chef terkenal pun tidak dapat menandingi masakan ibu kita yang sememangnya dikenali sebagai ‘comfort food’. Tapi kalau ibu dah tiada mesti kita rindu masakan dia..
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang pemuda mengenai pemergiannya ibunya yang tercinta.
@1million.story bukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba2. Al-Fatihah untuk mama yang tercinta…
Menerusi video berkenaan, pemuda tersebut dilihat sedang menjamah makanan terakhir yang dimasak oleh ibunya di dunia ini sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila dia menghisap daun yang diletakkan di dalam kuah lauk daging tersebut yang dimasak oleh arwah ibunya.
“Air tangan terakhir mama sebelum dijemput ilahi. Saya hisap sisa daun ni tinggal kenangan terakhir,” tulisnya di video tersebut.
Masih berada dalam fasa terkejut
Difahamkan lelaki tersebut masih lagi di dalam fasa terkejut atas pemergiannya ibunya yang meninggal dunia secara tiba-tiba pada waktu pagi setelah selesai menunaikan solat Dhuha.
@1million.story al-fatihah untuk ibuku tersayang, Arni Zuraini Binti Taib. solat dhuha terakhir mama & dijemput Allah sebelum dalam pangkuan riba ku di dapur, 12.20pm, 16 Nov 2022.
Tambah pemuda itu lagi, arwah menyimpan banyak lebihan makanan di dalam peti sejuk beku sebelum dijemput ilahi dan apa yang arwah lakukan itu seakan-akan dia sudah mengetahui bahawa dirinya bakal pergi.
Jelas pemuda itu, dia sehingga kini masih lagi dalam keadaan terkejut dengan permergiannya ibunya dan meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat memohon keampunan daripadanya.
“Maafkan adik mama, adik tak sempat mintak ampun detik akhir. Sedar-sedar mama dah tak bernyawa. Sampai hari ini hati adik masih pilu,” tulisnya.
Menurutnya, arwah sudah 37 hari pergi meninggalkannya namun, masakan terakhir arwah masih disimpan dalam peti olehnya walaupun sudah tidak elok.
Pilu je cerita abang ni… semoga bertabah bang
Baca : [VIDEO] Satu Khemah Lap Air Mata Tengok Pengantin Peluk & Dukung Ibu Sampai Menangis