in

[Video] Hotel Runtuh, 3 Maut Gempa Bumi 6.2 Skala Richter Gegar Pulau Sulawesi

Ft Gempa Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter yang menggegarkan wilayah Indonesia di Sulawesi Barat awal pagi ini, Jumaat, 15 Januari 2021.


Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.18 pagi waktu tempatan. Pusat gempa berada di 36 kilometer di selatan Mamuju, Ibu Kota Sulawesi Barat dan gempa itu memiliki kedalaman 18 kilometer menurut USGS.

Ekoran daripada gempa tersebut, beberapa bangunan besar termasuklah hotel runtuh yang mengorbankan 3 orang manakala, 24 lagi dilaporkan cedera setakat ini. 

Gempa 1

Tiga mangsa maut dan 24 cedera – kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Raditya Jati.

Agensi mencari dan menyelamat turut mengesahkan sekurang-kurangnya sebuah hotel runtuh. Walau bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan daripada gempa bumi kali ini.

Gempa 2

Memetik laporan Tribunnews, goncangan gempa bumi pada kali ini cukup ‘dasyat’ sehinggakan ia turut terasa sehingga di Palu, Sulawesi Tengah dan Makassar, Sulawesi Selatan.

Terdapat juga sebuah rakaman video yang memperlihatkan beberapa mangsa yang tertimbun di bawah runtuhan bangunan di Mamuju. Mangsa yang dikenali sebagai Angel dan Catherine itu dilaporkan masih hidup.

Korang boleh tonton videonya di bawah ni:

Baca: Gempa Bumi 7.0 Skala Ritcher di Turkey, 26 Terkorban Setakat Ini

Baca Gempa

Sumber: Tribunnews
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.