in

[VIDEO] Gempa Bumi Berkekuatan 6.1 Skala Richter Gegar Maluku Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Fi Gmpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu tragedi gempa bumi berkekuatan 6.1 skala richter telah menggegarkan wilayah Maluku Tengah, Indonesia kira-kira jam 12.43 tengahari waktu tempatan.


Dilaporkan juga, pusat gempa bumi tersebut terletak sekitar 67 kilometer tenggara Maluku tengah pada kedalaman 10km di bawah permukaan laut.

Gmpa 1

Menurut CNN Indonesia, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), pada awalnya gempa bumi tersebut tidak menunjukkan potensi menyebabkan tsunami.

Namun BMKG kemudiannya memperbetulkan maklumat tersebut lalu mengeluarkan amaran kepada orang ramai bahawa gempa yang dahsyat itu berpotensi menyebabkan berlakunya tsunami.

Berpunca daripada itu, pihak berkuasa meminta kepada orang awam di sekitar persisir Pantai Japutih sehingga Pantai Apiahu, Wilayah Maluku Tengah, Pulau Seram, Maluku untuk sentiasa  berwaspada.

Harap-harap tak ada berlaku kehilangan nyawa. Kalau nak tengok video, korang boleh klik di sini.

 

Baca : Gempa Bumi 7.0 Skala Ritcher di Turkey, 26 Terkorban Setakat Ini

Title Gmpa

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.