in

[Video] Gara-gara Menguap Terlampau Luas & Ketawa Besar, Rahang Lelaki Ini Sampai Terkehel

Ft Ketawa Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita rasa mengantuk, penat atau pun bosan, sudah pasti kita akan menguap bukan? Bila dah selesai menguap, barulah terasa diri ini ‘fresh’ untuk menyambung semula aktiviti harian.


Walaupun nampak normal apabila menguap, namun korang tahu tak sekiranya menguap terlampau luas ini boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan kita?

Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki  dari Indonesia baru-baru ini, dia dikatakan telah datang ke sebuah pusat perubatan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan gara-gara mulutnya tidak boleh ditutup seperti biasa.

Feat Ketawa 4

 

Menguap & ketawa sampai terkehel rahang

Menerusi laman Instagram @makassar_info, lelaki yang berusia 45 tahun itu dilaporkan telah terkehel pada bahagian rahangnya yang menyebabkan dia tidak boleh menutup mulutnya.

Hal ini berlaku gara-gara dia dikatakan telah menguap dengan terlalu luas dan juga ketawa ‘besar’ yang melampau.

Feat Ketawa 1

Ketawa Korak

Aduhai, ketawa pun boleh cramp mulut. 

 

Doktor masukkan jari dalam mulut

Berikutan kejadian itu, seorang doktor yang bertugas untuk merawatnya telah memegang bahagian kepala mangsa, manakala seorang lagi pula memasukkan jari ke dalam mulut lelaki malang tersebut untuk mengubah semula kedudukan rahang ke tempat asal. Proses rawatan itu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Feat Ketawa 2

Tambah doktor tersebut, menguap terlalu luas dan ketawa terlalu kuat sememangnya boleh menyebabkan otot di bahagian muka terutamanya kawasan mulut dan rahang menjadi cramp sehingga menyebabkan sendi mulut terkehel.

Insiden ini seterusnya tular sehingga berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan perasaan bimbang gara-gara pernah mengalami pengalaman yang agak sama.

 

“Ya Allah ngilunya” – Netizen

Ig Komen 1

Ig Komen 2

Betul lah tu orang tua-tua selalu larang ketawa berlebihan, nanti menangis.

Baca: Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan Baca Ketawa

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.