in

[VIDEO] Gadis Terpaksa Potong ‘Extension’ Bulu Mata Sebab Nak ‘Renew’ Pasport

potong bulu mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Imigresen amat menitikberatkan keselamatan, terutama sekali keselamatan penduduk tempatan daripada menjadi mangsa jenayah antarabangsa.

Disebabkan itu, badan kerajaan tersebut menetapkan beberapa syarat serta tatatertib ketika ingin memperbaharui dokumen seperti pasport dan visa.


Antara syarat yang perlu dituruti termasuklah tidak memakai aksesori termasuklah barangan kemas dan cermin mata serta menggunakan kanta lekap berwarna yang membuatkan wajah seseorang itu tidak dapat dikenal pasti.

Malah, buat yang bertudung pemilihan warna tudung juga memainkan peranan dan seseorang wanita yang bertudung perlu memakai tudung yang berwarna gelap.

Baru-baru ini, seorang gadis telah berkongsi pengalamannya di TikTok apabila dia terpaksa memotong extension bulu mata untuk memperbaharui pasportnya atas arahan pihak imigresen.

@maddybreteche

NO ONE TOLD ME ?? #fyp #passport #drama #tiktokmalaysia #smh #foryou

♬ original sound – maddy – maddy

Buat yang tidak mengetahui, extension bulu mata atau eyelash extension merupakan salah satu aplikasi kosmetik untuk menambahkan panjang, lentik dan ketebalan bulu mata semula jadi.

Perkongsian oleh pengguna TikTok @maddybreteche itu mendatangkan rasa marahnya tetapi dia terpaksa akur kerana jika tidak dia perlu renew pasportnya itu pada pada hari lain dan perkara itu tidak boleh dilakukan kerana penerbangannya ke luar negara adalah pada esok hari.

Dia kemudiannya mengambil langkah untuk memotong bulu matanya itu, pihak imigresen kemudiannya turut bertanya jika dia memakai kanta lekap dan seketika dia menjawab ‘ya’ gadis tersebut diminta untuk menggalkannya.

“Mereka tanya jika saya memakai kanta lekap dan saya cakap ya, mereka kemudian meminta saya menanggalkan kanta lekap itu tetapi saya tidak boleh berbuat demikian kerana kuasa rabun saya mencecah 1200, saya kemudian buktikan yang kanta lekap itu tidak berwarna dan mereka teruskan sahaja.” katanya.

Aduh kesian pulak…

Baca: “Imigresen suruh saya pakai tudung” – [VIDEO] Sajat Jawab Isu Pakai Tudung & Telekung Ketika Di Mekah

Sajat Pakai Telekung 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.