in

[VIDEO] – Gadis Indonesia Teruja Belajar Potong Kuku Kaki Sendiri Sejak Masuk Indonesia’s Next Top Model

Page Audrey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak dengan program America’s Next Top Model dulu tu? Min yakin, ramai yang ingat lagi sekali dengan host dia iaitu Tyra Banks. Sekarang dah ada Indonesia’s Next Top Model tau!

Indonesia’s Next Top Model (INTM) musim pertama yang menampilkan Luna Maya sebagai salah seorang juri, telahpun disiarkan bermula pada 28 November 2020 sehingga 9 April 2021. Program tersebut telah dijuarai oleh Danella Ilene Kurniawan dari Bali.


Walaupun hampir setahun program tersebut disiarkan, namun viral baru-baru ini klip video yang dikongsikan di TikTok mengenai pengalaman baru buat salah seorang peserta INTM yang mana program tersebut telah mengajar dirinya buat sesuatu di luar zon kebiasaannya.

https://www.tiktok.com/@dilaxxd_/video/7030619022416792858?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8%2BPPsPGtBRaSZ9IEeVtzF9Dnog3Xu4XhetTbWnNgsq5xwk8cVV14BjLtfFqmW7nJOBdqhqYNOfY8Lpe8cGgA%3D&language=en&mid=7030619012836936474&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7030619022416792858&share_link_id=b66eac54-27bb-4a6c-9885-3477e6f8c467&source=h5_t&timestamp=1637152924&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Dalam video tersebut, dilihatkan salah seorang peserta yang dikenali sebagai Audrey, 17 tahun, di panggil ke depan dan Luna Maya mula bertanyakan kepada dirinya mengenai apa yang dipelajari oleh dirinya semenjak sertai program tersebut.

“Aku mula untuk belajar gunting kuku kaki” – Audrey

Jawapan dari Audrey itu mengejutkan barisan para juri kerana tidak menyangkakan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh Audrey merupakan kali pertama buat dirinya. Audrey mengatakan bahawa sebelum ini kuku kakinya akan dipotong oleh pembantu rumahnya sahaja.

Malah Audrey juga mula untuk belajar mencuci pinggan mangkuk dan juga menggunakan penyembur nyamuk selepas diajar oleh peserta yang lain. Perkongsian klip itu telah meraih pelbagai reaksi di bahagian komen yang rata-ratanya memuji Audrey kerana sanggup untuk belajar benda baru.

Full Audrey

Walaupun dirinya tidak menjuarai program tersebut, tetapi Audrey berjaya membuktikan bahawa dia juga mampu untuk mencabar dirinya menjadi yang lebih baik dan tidak lagi mula bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Rindu pula Min nak tengok program Next Top Model ni… Dulu setiap season mesti duduk diam depan TV sampai berebutlah dengan adik.

Baca: “Menjadi weh karakter Sae Byeok ni!”; – Hanya Hantar Video Lakonan, Model Jung Ho Yeon Terus Dipilih

Untitled 2 8

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.