in

[Video] Gadis Hidap Alergi Kronik Terhadap Air, Boleh Mandi 2 Bulan Sekali Sahaja

Ft Alergi Final Yo

Masalah alahan atau alergi ini adalah penyakit yang tak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Sesetengah individu ada yang menderita masalah alahan ini yang bukan sahaja boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap tubuh badan malah sehingga boleh membawa maut.

Masalah alergi atau alahan ini merujuk kepada keadaan di mana sistem antibodi menghasilkan respon hyper-sensitive apabila benda ‘asing’ memasuki tubuh badan.

Sering kali korang dengar ada individu yang alah dengan seafood, habuk, cecair pencuci dan sebagainya. Namun, pernah tak korang dengar ada individu yang alah dengan air?

Nah, alahan terhadap air ini sememangnya wujud dalam dunia perubatan dimana ia dikenali sebagai Aquagenic Urticaria dimana seseorang itu senstif dengan air dan akan mengalami keradangan kulit apabila bersentuhan dengan air.

Seperti kisah gadis ini yang dikongsikan di laman Twitter, dia dikatakan menderita alergi terhadap air ini sejak berusia 8 tahun.

 

Alergi dengan air mata, air liur, peluh dan darah

Alergi Muka

Feat Alergi 2

Menurutnya, dia bukan sahaja alergi dengan air, malahan dia juga turut mengalami alergi dengan air mata, air liur, peluh dan kadang kala dengan darahnya sendiri!

Apabila berlaku direct contact dengan air, permukaan kulitnya akan dipenuhi dengan ruam-ruam merah yang perit dan gatal sehingga boleh menyebabkan demam.

Apa yang lebih menyedihkan, gadis ini juga akan mengalami kegatalan di bahagian lidah dan tekak serta mengalami cramp di bahagian perut sewaktu meminum air termasuklah apabila dia mengambil sebarang sumber makanan yang berair termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran.

Alergi Tangan

Alergi Lengan

Mandi sekali dalam tempoh dua bulan

Bukan setakat itu, disebabkan keadaan alahannya terhadap air yang agak kronik itu, gadis ini turut mendedahkan bahawa dia boleh mandi hanya sekali sahaja dalam tempoh sebulan atau dua bulan!

Tambahnya, dia tetap akan menggosok giginyai pada setiap hari walaupun terpaksa menahan kesakitan dan kegatalan pada bahagian gusi dan lidahnya akibat reaksi dengan air.

Alergi 100

 

Ganti minum air dengan susu 

Untuk mengatasi masalah alahan ini, gadis ini terpaksa menggantikan air dengan susu untuk memastikan tubuh badannya kekal terhidrasi. Ini disebabkan susu mengandungi kandungan lemak dan protein yang dapat membantu mengawal kesan alahan pada tubuhnya berbanding meminum air mineral.

Kesiannya. Menurut doktor, hanya 100 kes orang alergi dengan air yang pernah dilaporkan di seluruh dunia. 

Baca: “Masuk ICU 7 hari” – Makan Painkiller Sebab Nak Tahan Sakit Lepas Pembedahan, Rupanya Tak Tahu Alergik Baca Alergi