in

[VIDEO] Dua Remaja Lelaki Dirakam Sengaja Letak Pintu Depan Lif PPR Untuk ‘Prank’ Penghuni Lain

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Dua Remaja Lelaki Dirakam Sengaja Letak Pintu Depan Lif PPR Untuk 'Prank' Penghuni Lain
Loading
/

Baru je kita dengar pasal dua remaja perempuan yang sengaja rosakkan skrin dalam lif, ni ada kisah lain pulak membabitkan lif. Tapi kali ni bukan skrin dalam lif yang jadi mangsa, tapi orang awam yang berada dalam lif pulak.


Berdasarkan sebuah rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan di Facebook, dua orang remaja lelaki dilihat sengaja meletakkan sebuah pintu di depan lif untuk kenakan orang ramai. 

Letak Sini
sumber: facebook

Letak pintu berat depan lif

Menurut mStar, dua remaja lelaki itu dipercayai adalah penduduk di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor. Dalam kejadian yang berlaku di Blok E itu, dua remaja tersebut baru keluar dari lif sebelum salah seorang ternampak pintu yang diletakkan di tepi lif.

Dalam rakaman kamera litar tertutup berdurasi 2 minit 21 saat, remaja itu kemudiannya kelihatan seperti mencadangkan untuk dorang letakkan pintu di depan lif walaupun tahu lif tersebut digunakan. Dah kenapa korang ni?

Dd
sumber: facebook

Wanita hampir kena hempap pintu

Melihatkan keadaan dua remaja tu alihkan pintu, mungkin pintu tersebut diperbuat daripada kayu kerana nampak seperti agak berat. Lepas usung letak pintu tu depan lif, dua remaja lelaki tu tunggu sebentar untuk lihat jika ada penghuni yang terkena dengan prank dorang ni.

Tapi memandangkan tak ada orang keluar dari lif di tingkat tiga tu, dorang terus beredar. Tapi beberapa minit lepas tu, lif tersebut terbuka dan pintu tadi hampir menghempap seorang penghuni wanita. Nasib baik tak kena tau!

Wanita
sumber: facebook

Selepas video ni jadi viral, rata-rata netizen marah dengan perbuatan dua remaja ni sebab boleh bahayakan orang ramai terutamanya kanak-kanak. Itulah pasaaaaal!

Ee 1
sumber: facebook
22 4
sumber: facebook

Difahamkan, laporan pasal kes ni dah dibuat dan pihak polis sekarang tengah buru remaja dua orang ni. Bahaya betul lah buat macam ni. Macam mana kalau tiba-tiba ada ramai orang dalam tu atau ada kanak-kanak? Boleh mati terhempap pintu tau! Hati-hati ye semua kalau nak keluar lif! 

Tonton perangai dua remaja lelaki tu kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: “Perangai macam kera” – Dua Remaja Perempuan Tumbuk Skrin Lif Sampai Pecah Tanpa Sebab

Ape 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.