in

[Video] Dua Pencuri Bertumbuk Atas Jalan, Berebutkan Motosikal Yang Baru Dicuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini di media sosial berkenaan sebuah klip video yang memaparkan kejadian ‘lucu’ antara dua lelaki yang saling berebut motosikal yang didakwa baru dicuri sehingga menyebabkan berlakunya ‘pergelutan’ antara kedua-duanya.


Rakaman video yang telah dimuat naik di laman Instagram menerusi akaun @ndorobeii itu telah berjaya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat ‘dungu’ dua pencuri itu.

 

Naik motosikal ‘rembat’ bersama-sama, tiba-tiba berebut pula

Pada awalnya, terdapat dua orang lelaki yang masing-masing memakai baju berwana hitam dan merah telah membonceng sebuah motosikal yang telah berjaya ‘dirembat’ bersama-sama.

Secara tiba-tiba, mereka memberhentikan motosikal di tepi jalan dan si baju merah terus sahaja menolak si baju hitam jatuh dari motosikal tersebut dan cuba untuk merampas motosikal itu.

Rakannya yang berbaju hitam cuba untuk menghalang dan akhirnya mereka saling ‘bercekau’ dan berebut sesama sendiri untuk membawa lari motosikal tersebut.

Si baju merah yang berjaya memegang handle motosikal tersebut terus memulas minyak dan sempat juga menyiku muka rakannya dalam masa yang sama sehingga menyebabkan rakannya itu terjatuh dan terseret gara-gara kaki kirinya tersangkut sebelum motosikal itu terlanggar dinding.

 

Saling bertumbuk dan ber‘flying kick’

Si baju hitam itu kemudiannya masih gigih untuk bangun dan berebut motosikal itu dan mereka sekali lagi dilihat bertumbuk dan saling ber‘flying kick’ sehingga menyebabkan si baju hitam teruk dibantai dan tergolek di atas jalan.

Usaha si baju merah untuk membawa lari motosikal itu pada awalnya menuju kejayaan apabila dia berjaya menunggang motosikal itu dan membawanya lari dari ‘gapaian’ si baju hitam.

 

Bercium dengan lantai

Namun, disebabkan dia membawa motosikal tersebut dalam keadaan tergopoh-gapah menyebabkan motosikal itu tidak stabil dan ‘gelong’ ke kiri dan kanan sebelum akhirnya dia jatuh tergolek dan ‘bercium’ dengan permukaan jalan.

Si baju hitam juga tidak menunggu lama dan terus sahaja mengejar si baju merah yang telah jatuh dan cuba membawa lari motosikal itu pula.

Pergaduhan itu dilihat terus berlangsung antara kedua-dua mereka gara-gara masing-masing masih tidak mahu berputus asa dan mengalah.

Pengakhiran perebutan motosikal curi antara kedua-dua orang pencuri ini juga masih tidak tahu siapa pemenangnya.

Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa terhibur dengan aksi dua pencuri itu yang dikatakan seperti menonton filem aksi.

Ada juga yang berseloroh mengatakan kedua-dua mereka masih lagi berebut motosikal itu sehingga kini.

 

“Rebutan tiket ke neraka” – Netizen

Hmm siapa agak-agaknya yang menang? 

Baca: [Video] Netizen Geram Mak Ayah Tak Pantau Anak Bawah Umur Bawa Motosikal, Siap Wheelie Atas Jalan

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.