in

[Video] Cyclist Tunjuk Langsi, Selamba ‘Conquer’ Jalan Sampai Halang Lori Nak Lalu

Cyclist8 1

Jalan ada 2 lane, sempit pula tu,tengah sesak lagi dan waktu itu lah 2 penunggang basikal ini nak buat aktiviti mereka sampai menyusahkan pengguna jalan lain.

Lebih teruk lagi, salah seorang penunggangnya bersikap biadap lagi kerana endahkan lori yang nak jalan dan biarkan lori itu pandu perlahan untuknya siap buat muka tak bersalah lagi.

Tak tentu pasal terima padah sebab lori tu himpit, memang ramai yang menyirap apabila melihat cara cylist tu dalam video viral berdurasi 1 minit 2 saat pasal kejadian yang berlaku di Singapura ini.

 

Ramai netizen puas hati tengok tindakan lori ni

Menerusi sumber Channel News Asia, kejadian ini berlaku di Pasir Ris pada 2 tahun lepas. Kes ini telah dibawa ke mahkamah.

Hasil perbicaraan, pemandu lori  Teo Seng Tiong, 59, didapati bersalah atas kesalahan melanggar dan menghimpit secara tiba-tiba ke pelumba basikal Eric Cheung Hoyu di sepanjang Pasir Ris Drive 3 menuju New Loyang Link pada 22 Disember 2018.

Lori

Teo dihukum penjara 7 minggu, denda SGD 500 (RM 1521.28) dan digantung permit pemanduannya selama 2 tahun sementara cylist didenda sebanyak SGD 2,800 (RM8519.14) tanpa dipenjara.

Memandangkan video ini kembali viral kerana amarah warganet terhadap penunggang basikal di Malaysia, ramai yang puas hati dengan tindakan lori tu.

Cuba korang tengok video kat atas sampai habis.

Cyclist Cyclist2 Cyclist3 Cyclist4 Cyclist5

Cyclist6

 

Baca : “Moga jadi pengajaran” – Penunggang Basikal Maut, Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Geng ‘Cyclist’

Basikal 1