in

[VIDEO] Budak Lelaki Menangis Gara-gara Ajar Adik Perempuan Subjek Matematik

f1 cry maths

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika zaman sekolah rendah dulu, mesti korang semua pernah kan menangis time buat kerja sekolah terutamanya kalau subjek Matematik sebab tak faham macam mana nak buat kira-kira.

Lagi-lagi kalau kita kena marah dengan mak, ayah atau kakak abang yang cuba ajar kita tapi kita tetap tak faham jugak.


Namun, terbalik pula kisahnya dengan seorang budak lelaki berusia 12 tahun di China ini kerana dia pula yang menangis gara-gara mengajar adik perempuannya subjek Matematik.

2 3

Video budak lelaki tersebut menangis ketika membantu adiknya untuk siapkan kerja sekolah subjek Matematik telah tular di platform Douyin (TikTok China) selepas dirakam dan dikongsikan oleh ibunya.

Difahamkan, budak lelaki tersebut menangis kerana adik perempuannya enggan mendengar dan mengikut arahan yang diberikan untuk selesaikan tugasan Matematik tersebut.

Budak lelaki itu juga dikatakan pada mulanya mengajar adiknya dengan lembut namun akhirnya tidak dapat menahan perasaan kecewa apabila adiknya tetap enggan mendengar apa yang diajarkannya.

3 2

Dapat dilihat bahawa si ibu kemudiannya mengatakan si abang tidak boleh menjadi guru apabila dewasa kerana menangis ketika mengajar.

Video tersebut kemudiannya telah meraih sebanyak 7.5 juta tontonan dan rata-rata warganet terhibur namun dalam masa yang sama boleh faham perasaan yang dirasai oleh kanak-kanak lelaki itu.

Dia nangis sebab dia frust la kan sebab dah ajar banyak kali tapi adik dia tetap degil tak nak dengar orang cakap. Takpelah dik, nanti cuba lagi ya. 

Baca: Hari-hari Tutor Anak Sampai Setahun, Bapa Menagis Tengok Result Matematik 6/100

1 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.