in

[VIDEO] Biadap! Wanita Ni Gelakkan dan Ejek Orang Autistik Macam Zombi

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Biadap! Wanita Ni Gelakkan dan Ejek Orang Autistik Macam Zombi
Loading
/

Golongan orang kelainan upaya (OKU) kini bukan lagi macam dulu. Walaupun mempunyai perbezaan dengan orang lain, namun, mereka mampu dan berani nak keluar dari zon selamat untuk berdikari.


Walau bagaimanapun, mereka masih memerlukan sokongan ramai bukan untuk mendapatkan simpati, tetapi supaya dilayan dan dihormati seperti insan lain. Baru-baru ni, dah viral di Twitter selepas seorang individu mendedahkan perbuatan seorang wanita yang merakam instastory mengejek orang yang menghidap autisme.

Gt
sumber: twitter

Tidak dapat dipastikan identiti sebenar wanita yang mentertawakan dan mengejek orang austitik tersebut tapi ianya dirakam di sebuah restoran KFC yang terletak di Jurong Point, Singapura. Dalam video tersebut, wanita tu menggelar orang OKU itu sebagai zombi. Biadap betul!

Sementara itu, berdasarkan tweet dan komen, ada yang berkata individu autistik di dalam video berkenaan merupakan pekerja di KFC tersebut.

Gth
sumber: twitter

Siapa yang tak bengang bila nampak video ni. So, ramai yang retweet dan kecam perbuatan dia yang langsung tak tahu menghormati orang kelainan upaya.

“Orang yang sempurna akal ni kadang-kadang kejam”

“Ada Instagram tu. Netizen semua tak nak cari ke alamat ke, study mana semua.”

“Budak autism pun boleh kerja cari duit ni kan kau yang sempurna tapi pemalas.”

“Patutnya kau yang malu dengan dia. Budak tu kurang sifat tu boleh pergi bekerja tapi kau? “mak, nak duit” Manusia sekarang makin lama makin tak pakai akal nak buat bahan jenaka janji tapi tak kena tempat.”

Kepada wanita yang gelakkan dan ejek orang tu, bawak-bawaklah bertaubat. Tu ciptaan Tuhan tu yang kau main-mainkan...

Baca: Supervisor Tealive Kajang Buli Pelanggan Austistik

G 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.