in

[VIDEO] Balik Tadika Terus Ziarah Kubur Bapa, Rupanya Selalu Tenung & Mengadu Dekat Gambar Arwah

Ft Anak Ziarah Kubur Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang dimuat naik ke TikTok, memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat sedang menziarahi pusara arwah ayahnya telah meraih perhatian netizen.

Dari video tersebut, dapat dilihat riak wajah kanak-kanak tersebut yang ceria jelas kelihatan walaupun ucapan salamnya tidak disahut.


Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2 juta jumlah tontonan dan meraih lebih 200K jumlah tanda suka di laman TikTok dalam masa satu hari.

Ziarah kubur arwah ayah

@omokgendut18

pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni” balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu😇

♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰 – aishah sanusi🥰

“Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia..ayah omok nak pergi sekolah ni.”

“Balik sekolah dia ajak jumpa ayah dia… lepas rindu,” tulisnya di video tersebut.

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut Noor Aishah Sanusi, video itu dirakam semasa mereka menziarah kubur arwah suaminya selepas anak keduanya itu tamat sesi pembelajaran di tadika.

Screenshot 2023 03 20 171217

Aishah memberitahu bahawa, anaknya sendiri yang meminta untuk ziarah pusara ayahnya setelah dia pulang dari tadika kerana dia rasa rindu yang teramat.

Arwah suami Aishah, dikatakan telah menghidap kanser pangkal hidung tahap empat sebelum meninggal dunia pada usia 32 tahun, 11 Disember lalu.

“Kami berkahwin pada 10 Disember 2011. Suami meninggal dunia sehari selepas hari ulang tahun perkahwinan kami,” jelasnya.

Rupanya selalu mangadu dekat gambar ayah

Difahamkan, Omok yang merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik itu sememangnya begitu rapat dengan ayahnya semasa hayatnya.

Untuk mengubat rindu di hati, Aishah memberitahu bahawa anaknya itu selalu termenung melihat sekeping gambar bapanya yang digantung di dinding ruang tamu rumah.

“Gambar saya, arwah dan omok serta kakak dia. Kadang-kadang kalau dia kena marah, dia merajuk… dia akan mengadu pada gambar tu,” kata Aishah.

Screenshot 2023 03 20 171119

Sedihnyaaa…

Sumber: mStar, TikTok

Baca : “Mungkin dia rindu” – Netizen Sebak Lihat Kucing Baring Atas Kubur Tuannya

Kucing Tidur Kubur 728X383 1

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.