in

[VIDEO] Atiq Azman ‘Sound’ Individu Dakwanya Homoseksual, Dedah Cerita Sebenar

atiq azman nafi dakwaan gay 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang artis tidak akan dapat lari daripada spekulasi dan dakwaan yang dibuat oleh warganet kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada kerjaya tersebut.

Namun, kita harus sentiasa beringat yang mereka ini juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Maka, sebelum kita membuat apa-apa spekulasi janganlah sehingga menyinggung perasaan mana-mana pihak.


Baru-baru ini, pelakon Atiq Azman telah menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial miliknya dan mengundang pelbagai tanggapan sehingga ada warganet yang menuduh dirinya sebagai seorang homoseksual, menurut mStar.

Screenshot 2022 11 30 130226

Selepas dia memuat naik beberapa tangkap layar, memaparkan kenyataan individu yang mendakwa dirinya seorang yang homoseksual.

Berikutan kenyataan itu, Atiq telah tampil bersuara dan memberitahu yang dia tidak terjebak dengan hubungan sejenis, malah meminta individu tersebut cermin dahulu dirinya sebelum membuat andaian.

Hari ini, dia telah memuat naik sebuah video di TikTok untuk mendedahkan cerita sebenar mengenai individu yang mendakwa dia menjalinkan hubungan songsang itu.

@therajaatiqullah

Respect orang dulu .

♬ original sound – Atiq Azman – Atiq Azman

“Aku boleh saman kau tau bro”

Dia juga telah menujukan video tersebut kepada seorang individu yang bernama @afieqafif yang telah mendakwanya mengamalkan hubungan sejenis.

Pelakon Nur itu juga, telah memesan kepada lelaki-lelaki diluar sana yang sering dikategorikan sebagai homoseksual untuk bersabar dan jangan melayan kecaman dan tomahan itu.

Atiq juga menyatakan yang perkara ini boleh dikira sebagai kes serius dan dia boleh menyaman individu terbabit.

Screenshot 2022 11 30 132659

Susulan perkara itu menjadi tular, Atiq telah memuat naik sebuah tangkap layar menunjukkan Afieq meminta maaf terhadap perbuatannya menuduh Atiq dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Atiq telah memilih untuk memaafkannya dan menjadikan itu sebagai pengajaran untuk orang lain.

Haa tu tuan badan dah tampil beri jawapan. Semoga benda ni menjadi pengajaran kepada kita, janganlah kita cepat membuat andaian terhadap orang lain..

Baca : Singapura Bakal Tamatkan Larangan Hubungan ‘Gay’

singapura mansuh gay 758x399 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.