in

Singapura Bakal Tamatkan Larangan Hubungan ‘Gay’

Singapura Mansuh Gay

Hampir 69% negara di dunia meletakkan homoseksualiti sebagai salah satu jenayah, malah beberapa negara seperti Brunei, Iran, Arab Saudi dan Yaman, hukuman mati menjadi hukuman yang ditetapkan secara sah untuk perbuatan seksual sejenis.

Semalam menurut laporan Astro AWANI, Singapura mengumumkan undang-undang yang melarang hubungan seks sejenis akan dimansuhkan, sekali gus bakal mengiktiraf kedudukan golongan homoseksual di negara itu.

Pexels Marta Branco 1173576
Gambar hiasan

Keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong itu menandakan pengakhiran untuk Akta 377A yang wujud sejak era kolonial.

Ini menjadikan Singapura negara Asia yang terbaru mengiktiraf golongan tersebut selepas India, Taiwan dan Thailand.

“Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan sesuatu yang kebanyakan rakyat Singapura akan terima,” katanya.

Lee Hsien Loong juga berkata golongan homoseksual kini lebih diterima umum dan menghapuskan Akta 377A akan meletakkan undang-undang negara tersebut sama rata dengan negara-negara yang lain.

Selain itu, beliau juga berharap pemansuhan akta tersebut dapat memberikan sedikit kelegaan kepada golongan LGBT di Singapura.

Baca: “Perangai” – Kereta Tunku Temenggong Johor Kena Geser Dengan BMW Plat Nombor Singapura

Kereta Singapore Langgar Kereta Ttj