in

[VIDEO] ‘Angkut’ Tin Susu Anak Tengok Bola Di Stadium, Tindakan Wanita Jadi Bualan Netizen

Tin Susu Stadium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demam Piala FA baru sahaja reda, tapi tidak dapat dinafikan pelbagai telatah serta perkara yang berlaku ketika perlawanan antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Takzim (JDT) makin banyak dimuat naik ke media sosial.

Perlawanan yang dimenangi oleh JDT itu telah menarik lebih 70,000 penonton ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.


Sebuah video telah tular di TikTok yang memaparkan seorang wanita bersama anaknya membuatkan kaunter masuk menjadi sesak gara-gara dia membawa tin susu ke dalam stadium.

https://www.tiktok.com/@azamtheributs_/video/7141679294350216474?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7133405703553418753

Seperti yang ramai sudah maklum, banyak barangan yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam stadium contohnya, tin minuman, pemetik api dan laser pointer. 

Tindakan ibu yang membawa anak kecil dan membawa tin susu itu sudah pastinya tidak dibenarkan, malah ramai yang merasakan tindakan itu kurang wajar dilakukan.

Membawa tin susu bersaiz besar itu sememangnya dilarang kerana ada kemungkinan ia boleh membahayakan penonton lain, ia juga melambatkan kemasukan penonton ke dalam stadium yang dibanjiri dengan penyokong.

“Ini ke punca ramai yang lambat masuk stadium?”

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @azamtheributs_ itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen dan proses kemasukkan ke stadium menjadi lambat kerana ramai yang tersangkut ketika di kaunter pengawal keselamatan.

Tidak kurang juga netizen yang risau akan keadaan bayi itu, tin susunya sudah dirampas pasti bayi itu akan kelaparan sepanjang perlawanan final itu berlangsung.

Jdtfc

Hmm, mungkin excited sangat nak tengok final match kot…

Baca: “Takkan nak salahkan hujan” – Stadium Bukit Jalil Mungkin ‘Diharamkan’ Dari Kejohanan Peringkat Asia

Stadium Bukit Jalil Diharamkan Afc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.