in

[VIDEO] Aksi Budak Selamba Baring Atas Jalan Dikecam Netizen

Aksi Budak Selamba Baring Atas Jalan Dikecam Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya budak-budak pada zaman dahulu akan habiskan masa lapang dorang dengan main dekat taman permainan atau tengok kartun animasi favourite kat rumah. Jaranglah nak tengok mereka ni merayap keluar malam dengan kawan-kawan. Kalau mak ayah tau, memang kena!

Kalau sekarang ni kes basikal lajak yang membabitkan 8 orang remaja maut dan seorang wanita, Sam Ke Ting masih belum reda dari menjadi bualan netizen, kini tular pula satu video di Facebook HyperViral tentang sekumpulan budak lelaki di atas jalan.


Dalam video tersebut, jelas dapat dilihat beberapa orang budak berada di atas jalan raya waktu malam dengan kurangnya pencahayaan lampu jalan. Bukan itu sahaja, mereka ini dengan selambanya berbaring dan ‘tidur’ di situ sambil guling-guling lagi. Bahaya betullah!

Kanak-kanak tersebut siap boleh bergelak tawa dan nampak langsung tak risau kalau tiba-tiba ada kereta yang akan lalu. Salah seorang dari mereka yang merakam aksi terbabit menyuruh rakannya untuk relaks dan tak takut dengan perbuatannya.

Menerusi video itu juga, terdapat sebuah kereta yang sanggup memandu secara perlahan dan mengelak daripada merempuh kanak-kanak terbabit. Mereka juga langsung tak berganjak dan masih kekal baring di atas jalan raya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang geram dan mengkritik perbuatan terbabit yang dianggap sangat berbahaya serta boleh menempah maut.

“Nasib baik x kena gilis dgn kereta klu x msti driver kereta kna penjara.. ??” – Komen netizen

“Allahuakbar adik oooi,nyawa xdak jual kt 7e” – Komen netizen

Komen Basikal

Ada juga netizen yang menambah nasib mereka baik sebab tak kena gilis lori dan ada yang turut menyalahkan ibu bapa kerana tak pantau anak-anak dengan baik.

Baca: “Menteri Pengangkutan Respon Kritikan Netizen Kenapa Tak Masuk Campur Isu Basikal Lajak”

Bapak

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.