Ya Allah, naik bulu roma admin bila tengok video ni. So, sebelum korang tekan ‘play’ admin nak warn yang video ni hanya untuk orang yang kuat semangat je ya?
Samantha Cerio, ahli gimnastik untuk The Auburn Universiti telah patah kedua belah kaki semasa melakukan rutin lantai untuk kelayakan separuh akhir NCAA serantau Jumaat lalu di Lousiana, Amerika Syarikat.
Menurut Daily Mail, jurulatih Jeff Graba berkata, Samantha akan menjalani pembedahan pada hari Isnin depan untuk kecederaannya termasuk beberapa koyakan ligamen pada kedua belah lututnya.
Insiden malang kedua-dua kaki Samantha terkehel semasa melakukan senaman lantai ini telah dirakamkan sewaktu kejohanan itu berlangsung.
https://twitter.com/madhavpramod1/status/1115127990801719296?s=21
Seperti yang korang dapat tengok dalam video ini, kaki Samantha terkehel selepas dia salah landing semasa melakukan lompatan handspring double front.
So disebabkan kejadian malang tersebut, pertandingan ini kemudiannya telah dihentikan sementara. Pembantu perubatan dengan pantas membalut kedua kaki Samantha sebelum membawanya keluar dari gelanggang. Dia bagaimanapun menerima tepukan gemuruh dari penonton atas kecekalannya.
Kalau korang nak tahu, Samantha bakal menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aero angkasa tahun ini. Wahhh bukan calang-calang orang.
Namun, apa yang menyedihkan, insiden ini berlaku kurang dua bulan sebelum majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 1 Jun.
So selepas je kejadian ini berlaku, semalam Samantha Cerio telah mengumumkan persaraannya dalam sukan ini ekoran kecederaan yang dialami.
https://www.instagram.com/p/Bv9ncoRn-Eh/
“Selepas 18 tahun saya akan tinggalkan karier ini. Saya bangga dengan pencapaian saya, kerana gimnastik telah mengajar saya bekerja keras, merendah diri, integriti dan dedikasi.
“Ia telah memberikan saya cabaran dan ujian yang tak pernah saya bayangkan saya alami.
“Walaupun ia tak berakhir seperti yang saya harapkan, tapi saya tetap bersyukur.”
Walaupun Samantha akan ambil masa yang lama untuk sembuh, tapi dengan degree yang dia ada, confirm masa depan dia terjamin.
