in

[VIDEO] Adat “Bedak 7 Warna” Perkahwinan Brunei Ini Buat Ramai Terpegun!

Fi Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tempat di pelusuk dunia ini mempunyai adat dan keunikannya yang tersendiri. Tak kesah lah dari segi perayaan ke, sambutan hari-hari penting atau perkahwinan. Pasti akan ada keunikannya.


Selalunya, yang mudah kita lihat adalah adat sesuatu perayaan ataupun perkahwinan. Setiap masyarakat pelbagai bangsa mengamalkan adat yang berbeza-beza.

Seperti perkongsian daripada saudara @fazrulazreen di laman TikTok peribadi miliknya, dia telah menunjukkan satu adat perkahwinan yang sangat unik dan jarang ditemui di Malaysia.

Adat “Malam Bebadak”

Adat ini berasal daripada negara Brunei dan ia merupakan salah satu adat yang sering diamalkan oleh masyarakat negara itu. Kebiasaannya, dikatakan pada “malam bebadak” ini, pengantin perempuan akan digendong ke pelamin, duduk di tikar khas dan di setiap penjuru tempat duduk pula diletakkan ‘dian’ atau lilin berwarna kuning.

@fazrulazreen

Satu satunya adik perempuan dalam keluarga. #family

♬ Originalton – ???????????

Seperti dikongsikan dalam video Fazrul ini, satu adat yang dijalankan ketika “malam bebadak” ini ialah upacara “bedak 7 warna”. Ia menggunakan bedak tradisional yang diwarnakan dengan 7 warna dan diletakkan di tempat khas. Lalu, para tetamu akan ‘menculiki’ dan bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin.

Adat ini kelihatan sangat menarik dan unik kerana jarang-jarang dapat kita lihat adat seperti ini diamalkan terutamanya pada masa kini. Jika dilihat di ruangan komen, ramai yang terpegun serta mengatakan mereka pertama kali melihat keunikan adat “bedak 7 warna” ini.

Komen Kawin

Kita kena bersyukur masih ada lagi yang mengamalkan adat macam ni. Kita kena pelihara adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita dulu. Barulah budaya sesebuah masyarakat itu tak lapuk di telan dek zaman.

Sumber: TikTok dan Brideculture

Baca: Bila Tarikh Kahwin Peperiksaan Pada Hari Yang Sama, Pengantin Ini Pakai Wedding Dress Jawab Exam!

Fi Wedding 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.