Tidak dinafikan lagi, barangan antik mempunyai peminatnya yang tersendiri. Barangan antik yang masih dalam kualiti yang baik juga mampu memberikan durian runtuh kepada pemiliknya sekiranya berhasrat untuk menjual.
Itulah yang terjadi kepada seorang veteran perang yang berhasrat untuk menjual jam tangan jenama Rolex miliknya dalam sebuah rancangan realiti television Antique Roadshow. Korang boleh tengok video @sellingcommunity kat bawah
@designercommunity_ Man who bought $345 Rolex in the 70’s learns it’s with over $500000#rolex #watches
Beli 50 tahun lepas
Veteran Tentera Udara Amerika Syarikat membawa jam tangan berjenama Rolex edisi Oyster Paul Newman yang masih belum dipakai sejak dibeli pada tahun 1970-an untuk dinilai. Beliau terkejut dan hampir rebah selepas mendapati jam tangan yang dibeli dengan harga USD $345 (bersamaan kira-kira RM 1,600 nilai matawang ketika itu) dengan diskaun 10 peratus kini bernilai USD $500,000 (bersamaan kira-kira RM 3.3 juta)
Dalam video di atas, veteran itu menjelaskan yang ketika beliau ditugaskan di Thailand pada tahun 1970, beliau melihat juruterbang memakai jam tangan jenama. Beliau kemudiannya membeli satu jam tangan jenama yang sama untuk dipakai ketika melakukan aktiviti menyelam. Namun, beliau merasakan jam itu terlalu bagus untuk aktiviti tersebut.

Oleh itu, beliau menyimpan jam tangan itu di dalam peti keselamatan selama beberapa dekad bersama-sama kertas jaminan, resit pembelian dan pembayaran, kotak asal dan juga lapisan luar kotak.
Apabila jam tangan dan dokumen sampingan itu dinilai, beliau hampir rebah ke tanah selepas diberitahu nilai terkini barangan antik miliknya. Menurut penilai itu, jam tersebut juga boleh mencecah RM2.3 juta hingga RM3.3 juta memandangkan ia masih belum dipakai dan lengkap dengan dokumen termasuk pelekat yang berada pada bahagian belakang jam tersebut.
Baca: Beri Amaran Tekanan Jantung Tak Normal, Apple Watch Kesan Kanser Pada Budak 12 Tahun

