in

Uterus Terkoyak, Ibu Anak Dua Hilang 6 Pain Darah Selepas Main Di Taman Tema Air

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita mendakwa kehilangan hampir enam pain darah selepas mengalami koyakan sepanjang tujuh sentimeter di dalam uterus atau rahimnya.


Kejadian itu yang berlaku di Tenerife, Kepulauan Canary berlaku selepas tekanan air yang kuat memasukinya sewaktu menggelongsor turun salah satu gelongsor air, di situ.

Ada ‘sesuatu’ meletup di dalam badan

Todi Steedman, 25, seorang warga British sedang bercuti di taman tema air Aqualand di Costa Adeje bersama suaminya semasa kemalangan itu terjadi.

Menurutnya, dia cuma menyedari kejadian itu selepas merasakan ada sesuatu ‘meletup’ di dalam dirinya.

16254378 7265021 Image A 11 1563546276215
sumber: the sun

“Kejadian berlaku dengan sangat pantas.

“Semasa saya berdiri saya terasa seperti nak ke tandas tapi apabila saya bergerak ada banyak darah mengalir antara kedua kaki saya.Hinggakan ada titisan mengalir sambil saya berjalan keluar kolam.

“Ada orang berlari panggil doktor yang meminta saya untuk merebahkan badan dan doktor itu memeriksa apa yang berlaku.”

Tidak diberi peringatan untuk silang kaki, tangan

Menurut Steedman, semasa menuruni gelongsor air ‘Kamikaze’, petugas taman tema air tidak memintanya untuk silangkan kaki atau tangan semasa menuruni permainan itu.

Bercakap kepada The Sun, dia berasakan jika dimaklumkan daripada awal pasti kejadian ini dapat dielakkan.

Water Slide
sumber: the sun

Ibu kepada dua orang anak dan seorang anak tiri itu segera dikejarkan ke Hospital Quirónsalud apabila kejadian berkenaan terjadi.

Gagal tuntut insurans akibat kemalangan

Wanita itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah hospital lain di mana dia menjalani pembedahan bagi membetulkan rahimnya.

Nintchdbpict000506537660
sumber: the sun

Steedman ditahan selama tiga hari di hospital dan mengambil masa lapan minggu untuk kembali pulih akibat kejadian itu.

Namun malangnya dia gagal mendapatkan tuntutan insurans akibat kemalangan tersebut.

Semuanya hanya kerana dia tidak memaklumkan lebih awal akan pergi bercuti.

Baca: Kisah Penutupan Safari Lagoon, Taman Tema Air Rooftop Pertama Di Malaysia

Ari

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.