in

Ustazah Sekolah Pondok ‘Selamba’ Hancurkan Alat Solek Guna Tukul Besi Depan Pelajar

Page Makeup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam ramai yang dah sedia maklum, kehidupan pelajar di sekolah berasrama ni boleh dikatakan mempunyai peraturan yang agak ketat kerana mereka sepenuhnya berada di bawah pengawasan pihak sekolah.


Dah jadi kebiasaan, pelajar yang berada di sekolah berasrama tak boleh mempunyai telefon bimbit yang canggih kerana risau sekiranya fokus mereka terganggu. Tak kurang juga dengan larangan membawa alat solek ke hostel.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di Facebook video yang memaparkan tindakan dua orang wanita yang dipercayai ustazah di sebuah sekolah pondok sedang menghancurkan bermacam jenis alat solek menggunakan tukul besi.

Menurut mStar, kejadian itu berlaku selepas semua alat solek yang dibawa oleh pelajar perempuan di sekolah tersebut dirampas dan dikumpulkan sebelum bertindak hancurkan barangan itu di depan mata mereka.

“Tujuan untuk bagi pengajaran”

Dikatakan juga tindakan menghancurkan alat solek itu dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pelajar perempuan supaya sentiasa fokus kepada pelajaran dan bukannya bertatarias di sekolah.

Tindakan kedua-dua ustazah ini bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata tak bersetuju alat solek para pelajar dihancurkan sebegitu tapi ada juga yang berpendapat sebaliknya dan menggalakkan lagi ianya dilakukan dengan kerap.

Komen Full 8

Walau bagaimanapun, lokasi sebenar sekolah tersebut tak dapat dipastikan tapi ramai mengatakan ianya merupakan sebuah sekolah pondok atau pesantren yang terletak di Indonesia. Kalau korang, rasa patut ke tak dihancurkan barang makeup tu?

Baca: “Bukan macam ni caranya” – [VIDEO] Viral Cikgu Bakar ‘Handphone’ Pelajar Sekolah Jadi Perbalahan Netizen

Untitled 1 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.